Harian Metro

Perez saman demi selamatkan pasukan

-

Budapest: Sergio Perez

berkata dia mengambil tindakan undang-undang untuk meletakkan Force India di bawah pentadbira­n mahkamah demi menyelamat­kan pasukan itu.

Pelumba Mexico itu berkata dia diminta berbuat demikian oleh anggota pasukan dan melakukann­ya untuk melindungi mereka.

“Sepanjang bulan lalu cukup mencabar buat saya dan dengan situasi dihadapi pasukan, saya tersepit di tengah.”

“Kami sampai ke tahap di mana tindakan perlu diambil untuk melindungi 400 orang yang bekerja dalam

(gambar)

pasukan.

“Saya tidak sepatutnya terbabit dalam semua ini kerana saya hanya pelumba tetapi keadaan menjadi keterlalua­n dan saya diminta anggota pasukan untuk meneruskan­nya dan menyelamat­kan pasukan.

“Terdapat satu petisyen daripada pelanggan lain yang mungkin menyebabka­n pasukan ini ditutup jadi saya diminta secara asasnya untuk menyelamat­kan pasukan, memulakan tindakan dan meletakkan pasukan di bawah pentadbira­n.

“Ia tiada kena mengena dengan hutang terhadap saya. Satu-satunya alasan melakukann­ya ialah untuk menyelamat­kan pasukan demi masa depan yang lebih cerah.

“Ia begitu mencabar mental dan emosi. Ia sungguh sukar, saya tidak dapat fokus terhadap pemanduan.

“Saya tidak begitu faham terma yang digunakan peguam tetapi apa yang pasti adalah kami perlu melakukann­ya atau pasukan akan berkubur.”

Force India diletakkan di bawah pentadbira­n selepas sesi perbicaraa­n Mahkamah Tinggi di London semalam yang akan menghalang pasukan berdepan tindakan undang-undang berasingan. -AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia