Harian Metro

SENGAT BARU LIVERPOOL

-

Chicago

Liverpool menjaringk­an tiga gol pada babak kedua ketika membelasah Manchester United 4-1 di Stadium Michigan yang menjadi perlawanan terakhir jelajah pramusim di Amerika Syarikat.

Xherdan Shaqiri menjaringk­an gol pertama pada penampilan sulungnya bersama Liverpool menerusi sepakan gunting dan disaksikan

101,000 penyokong yang memenuhi setiap inci tempat duduk stadium berkenaan.

Shaqiri yang mewakili Switzerlan­d di Piala Dunia adalah salah seorang daripada lima pemain yang baru dibeli Liverpool dalam usaha mereka untuk merapatkan jurang dengan juara Liga Perdana, Manchester City.

Kemenangan itu cukup manis buat Reds apatah lagi ia adalah perlawanan terakhir di Amerika Syarikat sebelum pulang ke Merseyside untuk menghadapi musim baru.

Sadio Mane menyempurn­akan penalti untuk menghasilk­an skuad yang penuh potensi.

“Kami menganalis­is kesilapan dalam perlawanan sebelumnya dan menjadi lebih baik ketika berdepan Bayern Munich,” kata Guardiola. gol pertama Liverpool pada minit ke-28.

Pemain tengah Manchester United yang berusia 22 tahun, Andreas Pereira menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-31.

Tetapi skuad kendalian Juergen Klopp kembali

menda-

 Shaqiri ledak gol pertama bantu Reds jinak United

hului pada babak kedua menerusi rembatan Daniel Sturridge pada minit ke-66.

Gol itu berpunca daripada Shaqiri, 26, yang memperdaya­kan beberapa pertahanan United sebelum membuat hantaran yang disudahkan Sturridge.

Sheyi Ojo menjaringk­an gol ketiga pada minit ke-74 dan tiba giliran Shaqiri untuk berada dalam senarai penjaring menerusi gol menarik hasil hantaran Ben Woodburn. membuka jaringan.

Namun secara-tiba, petang yang sukar buat Guardiola menjadi semakin mencabar pada minit ke-27 apabila Mahrez diarah keluar padang selepas cedera buku lali.

“Kita lihat saja nanti, mungkin ia bukan satu masalah,” kata Guardiola.– AFP

 ??  ?? Reuters PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah (kiri) diasak pemain United.
Reuters PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah (kiri) diasak pemain United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia