Harian Metro

Mahrez cedera, Guardiola resah

-

Miami: Pep Guardiola menamatkan jelajah Manchester City di Amerika Syarikat dengan kemenangan 3-2 ke atas bekas kelabnya Bayern Munich, namun ia dicemari kecederaan penyerang baru Riyad Mahrez

Dua gol daripada pemain gantian Bernardo Silva membantu Manchester City bangkit daripada ketinggala­n 0-2 untuk mengakhiri dua kekalahan dalam kempen Piala Juara-Juara Antarabang­sa dengan satu gol lagi disumbang pemain muda Lukas Nmecha.

Mahrez, bagaimanap­un jatuh dua kali dipercayai akibat kecederaan buku lali.

Dia kemudianny­a dibawa keluar selepas minit ke-27 dalam keadaan tidak selesa.

Menjelang aksi pembuka tirai tradisi bola sepak Inggeris, Perisai Komuniti bermula Ahad depan di Wembley menentang Chelsea, Guardiola akan menilai tahap kecergasan pemain Algeria itu sebelum Liga Perdana Inggeris bermula.

Skuad Guardiola akan kembali ke Manchester selepas perlawanan menentang Bayern.

Dua perlawanan City menentang Borrusia Dortmund dan Liverpool berakhir dengan kekalahan tipis tetapi Guardiola memilih pemain yang biasa diturunkan­nya, lapan pemain dalam kesebelasa­n utama beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan jelajah AS, menyifatka­n mereka “Kami berjaya bermain dengan baik dan menangani situasi ketika ketinggala­n 0-2.”

Bintang Bayern Arjen Robben dan Frank Ribery memberi ancaman namun dengan Mahrez diberi ruang di bahagain tengah, juara Inggeris itu mendominas­i babak awal perlawanan dan sewajarnya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia