Harian Metro

Matic buat Mourinho pening

-

Chicago: Tidak ada khabar gembira buat pengurus Manchester United, Jose Mourinho semalam.

Selepas anak buahnya dibelasah 1-4 oleh Liverpool pada saingan Piala Juara Antarabang­sa, beliau dimaklumka­n pemain tengah Serbia, Nemanja Matic pula tidak akan dapat beraksi pada perlawanan pembukaan musim baru nanti.

Matic mengalami kecederaan ketika mewakili negaranya di Piala Dunia di Russia dan sudah menjalani pembedahan di Philadelph­ia. Mourinho bagaimanap­un enggan mendedahka­n jenis kecederaan yang dialami anak buahnya itu.

“Dia tidak akan dapat beraksi pada awal musim nanti,” kata beliau di dalam laman web rasmi United.

“Dia pulang dari Piala Dunia

dengan kecederaan dan tempoh rehat selepas itu tidak cukup untuk menyelesai­kan masalah yang dihadapiny­a.

“Saya sendiri tidak tahu berapa lama masa yang diperlukan untuk kembali cergas.”

Mourinho sangat terasa dengan ketiadaan Matic di benteng pertahanan apatah lagi anak buahnya gagal menghalang amukan pemain Liverpool di dalam lebih 100,000 penyokong di Ann Arbor, Michigan.

Penyerang Swiss, Xherdan Shaqiri yang baru dibeli dari Stoke City, meledak gol pertama pada penampilan sulungnya

bersama Liverpool menerusi jaringan menarik.

Sadio Mane membuka jaringan buat Liverpool apabila menyempurn­akan penalti sebelum Andreas Pereira menyamakan kedudukan tiga minit selepas itu.

Pemain gantian, Daniel Sturridge menjadikan kedudukan 2-1 selepas 66 minit sebelum Sheyi Ojo menyempurn­akan penalti kedua Liverpool selepas Andrew Robertson dikasari. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia