Harian Metro

Pingat Piala Dunia azimat Mendy

-

Miami: Benjamin Mendy sedia untuk menebus kekurangan masa bermain di Manchester City dan meneruskan rentak kejayaan dimilki.

Kecederaan lutut memaksa pemain berusia 24 tahun itu berehat selama tujuh bulan musim lalu dengan hanya 11 penampilan sepanjang musim, namun mengakhiri­nya dengan menjulang Piala Dunia dan Liga Perdana.

Mendy hanya bermain selama 40 minit bersama Les Bleus pada peringkat kumpulan dan sumbangann­ya turut membantu pasukannya menjulang kejuaraan.

Malah, sehingga kini perhatiann­ya tidak terlepas daripada pingat Piala Dunia yang dimenangin­ya di Moscow.

“Ada pingat di poket saya,” kata Mendy kepada media di Miami menjelang aksi persahabat­an pramusim City minggu ini.

(gambar)

“Sebelum Piala Dunia, saya bercakap di bilik persalinan, JIka saya menang, saya akan datang dengan pingat.

“Pingat ini bagaikan nyawa saya. Selama empat tahun ia bagaikan nyawa buat saya. Dalam tempoh empat tahun kita akan mempunyai juara Piala Dunia yang baru, tetapi ketika ini kamilah raja.

“Sebelum kami pergi, semua orang bercakap mengenai negara mereka. Saya berkata Perancis akan menang, tetapi mereka menafikann­ya.

“Selepas kami bermain kami berbual, tetapi penuh dengan rasa hormat. Apabila kami menang ke atas Argentina, saya terus menghantar mesej kepada Kun (Sergio Aguero).

“Apabila England menang suku akhir, saya bercakap dengan Raz (Raheem Sterling) dan Kyle (Walker). Jadi apabila saya kembali, kami berbual seperti biasa.” – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia