Harian Metro

Arthur pikat Valverde

- AFP

Ernesto Valverde boleh mengharapk­an masa depan yang cerah daripada pemain baru mereka, Arthur selepas pemain tengah itu menjaringk­an gol menarik pada aksi pertama bersama kelab itu, semalam.

Juara La Liga itu kehilangan khidmat dua pemain tengah berpengala­man, Andres Iniesta dan Paulinho pada penghujung musim lalu, tetapi membelanja­kan 40 juta euro (RM189 juta) untuk membawa masuk Arthur dari kelab Brazil, Gremio.

Pemain berusia 21 tahun itu mencipta impak segera buat Barcelona dalam aksi pembukaan pramusim Kejohanan Piala Juara-Juara Antarabang­sa selepas menjaringk­an gol ketika seri 2-2 menentang Tottenham Hotspur sebelum dimenangi Catalans, 5-3 melalui sepakan penalti.

Pengurus Barcelona, Valverde mengakui dia yang mahu menambah pilihan di bahagian tengah, kagum dengan prestasi hebat Arthur pada separuh masa pertama di Pasadena.

Valverde berkata: “Dia pemain yang boleh memberi banyak pilihan kepada kami. Dia boleh memberi kami penguasaan bola, jaringan dan sangat bermotivas­i hari ini (semalam). Dia beraksi dengan baik sejak minit pertama beraksi.”

Seperti Valverde, pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino juga teruja untuk mendapatka­n pemain baru apatah lagi kelab itu belum membeli mana-mana pemain sejak menduduki tempat ketiga dalam saingan Liga Perdana musim lalu.

Dalam aksi semalam, Spurs menentang Barca tanpa sembilan pemain yang berentap di separuh akhir Piala Dunia lalu dan situasi bertambah buruk selepas kecederaan melanda Victor Wanyama, Erik Lamela dan Moussa Sissoko. Kecederaan lutut Wanyama agak serius dan terpaksa terbang ke London untuk menjalani rawatan lanjut.

Pochettino berkata, adalah penting untuk Spurs memperkasa­kan pasukan sebelum tarikh akhir jendela perpindaha­n pada 9 Ogos depan.

“Kami akan melihat apa yang berlaku beberapa hari akan datang,” kata Pochettino. “Saya fikir sasaran kami untuk memperkuat­kan pasukan dengan membawa masuk pemain baru yang berkualiti dalam misi mencapai sasaran kami,”

katanya.

 Bintang baru Barca pamer aksi memukau

 ??  ?? ARTHUR ledak satu jaringan ketika menang ke atas Spurs.
ARTHUR ledak satu jaringan ketika menang ke atas Spurs.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia