Harian Metro

Ela puas hati tempat ke-7

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

 Harap pemain terus kekal konsisten hadapi cabaran Piala Malaysia

Pengendali Melaka United (MU), E Elavarasan akui gembira dengan skuad bimbingann­ya apabila berjaya menamatkan saingan Liga Super musim ini dengan nota kemenangan, selepas menewaskan Negeri Sembilan, 3-1, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.

Baginya, kemenangan itu bukan sekadar memastikan skuad Hang Tuah meraih tiga mata, tetapi lebih penting pastinya memberi motivasi dan keyakinan tinggi kepada pemain dalam persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia.

“Saya sangat berpuas hati dengan persembaha­n malam ini (kelmarin) kerana pemain berjaya menunjukka­n komitmen tinggi dalam permainan dan mencipta banyak peluang jaringan.

“Biarpun pada separuh masa pertama kurang memberangs­angkan apabila tidak banyak peluang terbaik dapat dicipta susulan tekanan yang diterima daripada pemain Negeri Sembilan, namun ia berjaya diubah pada separuh masa kedua.

“Saya rasa kekurangan Negeri Sembilan yang tidak dapat menurunkan barisan terbaik sedikit membantu kami melaksanak­an tugas dengan berkesan dan mendapatka­n kemenangan,” katanya selepas perlawanan.

Selepas menamatkan semua perlawanan, MU mengumpul 31 mata untuk menduduki tangga ketujuh carta liga, manakala Negeri Sembilan terus menghuni tangga kedua tercorot dengan 15 mata.

Mengulas lanjut, Elavarasan berkata, pihaknya puas hati dengan pencapaian pasukan berkenaan selepas musim kedua dalam Liga Super dan kedudukan itu bukan saja dapat menepis tanggapan sesetengah pihak tetapi membuktika­n MU mampu memberikan saingan yang baik dalam liga utama itu.

“Menduduki tempat ketujuh carta adalah suatu pencapaian yang baik dan membanggak­an kerana saingan liga sudah semakin kompetetif. Walaupun saya mengambil alih tugas pada pertengaha­n musim, saya tetap puas hati dengan pencapaian pasukan ini,” katanya.

Beliau berkata, fokus MU kini adalah menghadapi saingan Piala Malaysia dan beliau berharap pemain pasukan itu terus kekal memberikan persembaha­n terbaik bagi memastikan pasukan mampu melangkah lebih jauh dalam perebutan piala berprestij itu.

 ??  ?? PEMAIN Melaka meraikan kejayaan selepas menjaringk­an gol ketika menentang Negeri Sembilan, di Paroi, Negeri Sembilan.
PEMAIN Melaka meraikan kejayaan selepas menjaringk­an gol ketika menentang Negeri Sembilan, di Paroi, Negeri Sembilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia