Harian Metro

FELCRA tak mahu jadi mangsa buli

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Meskipun enggan memasang impian terlalu tinggi, jurulatih FELCRA FC, Tarcisio Pugliese

tidak akan membiarkan pasukannya menjadi mangsa buli lawan dalam saingan Piala Malaysia kelak.

Sebaliknya, jurulatih berasal dari Brazil itu berjanji skuad bimbingann­ya akan memastikan setiap pasukan yang bakal berdepan dengan mereka ‘berpeluh’ di tengah padang.

“Kami layak ke pertanding­an ini atas tiket sebagai naib juara Liga Perdana, jadi kami akan pertahanka­n reputasi itu.

“Walaupun diakui Piala Malaysia lebih mencabar kerana perlu bersaing dengan pasukan Liga Super tapi saya akan pastikan kami mampu memberi cabaran.

“Saya mahu pemain memastikan kami bukan sekadar pelengkap pasukan dan tidak sama sekali membenarka­n kami dibuli oleh lawan kelak,” tegasnya.

Pugliese berkata, beliau akan berbincang dengan pengurusan mengenai sasaran yang akan diletakkan ke atas pasukan itu dalam Piala Malaysia, namun mengakui mereka perlu berpijak di bumi nyata.

“Ini adalah penyertaan pertama kami dalam Piala Malaysia, sudah tentu pengurusan akan meletakkan sasaran yang bersesuaia­n. Apa yang pasti, kami akan lakukan yang terbaik.

“Malah pertanding­an ini boleh dijadikan medan oleh FELCRA untuk mengukur sejauh mana keupayaan mereka untuk bersaing dalam Liga Super musim depan,” katanya.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia