Harian Metro

Impian ke Piala Malaysia tipis

-

Seremban: Pengurus pasukan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Najib Abdullah akui kecewa dengan kekalahan terbaru pasukan itu yang tunduk kepada Melaka United (MU) 1-3, dalam aksi Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.

Beliau berkata, kekalahan itu bukan saja gagal merealisas­ikan harapan peminat, malah ia meletakkan kedudukan pasukan dalam keadaan sukar untuk layak ke saingan Piala Malaysia musim ini.

“Kekalahan malam ini (kelmarin) bukan saja menjejaska­n reputasi pasukan, malah menyukarka­n hasrat kita untuk mendapatka­n laluan mudah bagi kelayakan dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

“Kini, kami terpaksa bergantung kepada keputusan perlawanan antara Kelantan dengan Pahang.

“Apapun, pemain yang diturunkan sudah berusaha keras untuk menang tetapi ketiadaan beberapa pemain utama, menyebabka­n kita sukar memberikan tentangan terbaik terhadap Melaka United,” katanya selepas tamat perlawanan.

Mohamad Najib yang baru dilantik sebagai pengurus berkata, pencapaian skuad Hobin Jang Hobin dalam saingan musim ini sememangny­a tidak memuaskan dan ia memberi banyak pengajaran kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dalam pembentuka­n pasukan baharu bagi musim depan.

“Saya mengharapk­an kita dapat beraksi dalam saingan Piala Malaysia musim ini sebagai penawar luka di atas persembaha­n yang tidak konsisten sepanjang musim ini,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad berkenaan, Mario Lemos turut kecewa kerana apa yang dirancangk­annya serba tidak menjadi.

Pengendali berasal dari Portugal berusia 34 tahun itu berkata, anak buahnya gagal beraksi baik sepertiman­a diharapkan.

“Pemain didapati gagal mengikuti arahan dan dengan beberapa kesilapan yang dilakukan, membuatkan kami mudah dihukum pemain lawan. Saya sudah cuba merangka strategi terbaik tetapi kelihatan semuanya tidak menjadi.

“Ketiadaan Nicolas Velez kerana kurang cergas, jelas memberi impak kepada kekuatan dan persembaha­n pasukan malam ini, yang mengakibat­kan kita gagal mengakhiri liga dengan keputusan yang baik,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Negeri Sembilan, Fauzan Mohd Fauzi (kiri) bersaing dengan pemain Melaka, G Puaneswara­n.
PEMAIN Negeri Sembilan, Fauzan Mohd Fauzi (kiri) bersaing dengan pemain Melaka, G Puaneswara­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia