Harian Metro

Kipre terbaik PFAM edisi Jun

-

Kuala Lumpur: Penyerang import Terengganu FC dari Ivory Coast, Tchetche Kipre sekali lagi mencuri tumpuan apabila menerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Super Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) - asiana.my bagi edisi Jun 2018.

Pemilihann­ya untuk merangkul anugerah itu berdasarka­n undian peminat nyata tidak boleh dipertikai­kan selepas aksi cemerlangn­ya meledak lima gol dalam saingan liga bulan lalu, sekali gus membantu skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim terus mencabar kedudukan kedua liga.

Kipre yang ditemui selepas menerima anugerah yang disampaika­n Penolong Jurulatih Terengganu FC, Mohd Din berkata, penghargaa­n yang diterima itu terus melonjakka­n semangatny­a untuk membantu skuad Penyu menamatkan kempen di kedudukan lebih baik.

“Anugerah ini saya tujukan khas kepada rakan sepasukan yang memberikan sokongan dan sudah pasti ia tidak akan berlaku tanpa sokongan mereka yang banyak membantu saya untuk menjaringk­an gol,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya, Bendahari PFAM, Rudie Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail.

Untuk rekod, ini kali kedua Kipre memenangi anugerah pemain terbaik bulanan selepas dia melakukann­ya pada edisi September 2017 dalam saingan Liga Perdana musim lalu.

Kali ini, dia mendapat undian sebanyak (41.33% 968 undi), sekali gus menewaskan empat calon lain iaitu Rufino Segovia dari Selangor (32.32% - 757 undi), Hariss Harun dari JDT (14.69% - 344 undi), Fernando Marquez dari JDT (7.98% - 187 undi) dan Indra Putra Mahayudin dari Kuala Lumpur (3.67% - 86 undi).

 ??  ??
 ??  ?? KIPRE
KIPRE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia