Harian Metro

Maciel bangga aksi anak buah

-

Bahru: Pengendali Kuala Lumpur, Fabio Maciel tidak menolak kekalahan 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi terakhir Liga Super, kelmarin, berpunca daripada ketiadaan dua tonggak utama.

Maciel berkata, Indra Putra Mahayuddin terpaksa diketepika­n kerana digantung satu perlawanan, manakala Guilherme de Paula mengalami kecederaan dan perlu direhatkan bagi memastikan pemain itu bersedia untuk kempen Piala Malaysia yang menyingkap tirai awal Ogos ini.

Katanya, sukar untuk berdepan JDT dengan hanya dua pemain import iaitu Bobirjon Akbarov dan Paulo Josue, sekali gus gagal mengimbang­i kekuatan skuad kendalian Raul Longhi yang begitu tersusun untuk menguasai perlawanan.

“Walaupun tewas, kami melaksanak­an tugas dengan baik apabila menghalang gerakan berbahaya JDT dan bayangkan mereka dibarisi enam pemain ‘import’ sedangkan kami hanya turun dengan dua pemain import.

“Kami sedar betapa sukar untuk menandingi JDT, kami beri tekanan dalam aksi itu yang menyebabka­n mereka tampak hilang rentak dan berjaya menghalang gerakan berbahaya bagi mengelak gawang dibolosi.

“Selain itu, saya akui sukar beraksi di Larkin yang dianggap kubu kuat JDT tetapi saya tetap berpuas hati dengan kesungguha­n setiap pemain Kuala Lumpur yang cuba menyaingi kehebatan pasukan juara Liga Super untuk lima musim berturut-turut,” katanya.

Ditanya mengenai persembaha­n skuad Warga Kota sepanjang saingan liga elit domestik musim ini, Maciel jelas gembira dengan komitmen setiap pemain apabila menamatkan saingan di tangga kesembilan dan kekal musim depan.

Menurutnya, tiada perubahan akan dilakukan tatkala rata-rata pemain yang membawa kejayaan Kuala Lumpur menjuarai Liga Perdana musim lalu dikekalkan dan hanya penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee Ramli dibawa masuk pada jendela perpindaha­n kedua.

Menurutnya, tumpuan kini terarah untuk mengharung­i kempen Piala Malaysia tatkala membuat penampilan musim ketiga dan tampak ingin memperbaik­i pencapaian berbanding dua musim lalu.

“Sudah tentu kami mahu membaiki pencapaian dua musim lalu dan sasaran utama adalah melepasi saingan kumpulan selepas tersangkut dalam aksi kumpulan, dua tahun berturut-turut. Malah kami mengharapk­an pengalaman bersaing di suku akhir Piala FA untuk mengharung­i saingan Piala Malaysia,” kata Maciel.

 ??  ?? PEMAIN Kuala Lumpur, Syazwan Andik (kiri) mengasak pemain JDT, Fernando Gaston Elizari Sedano pada perlawanan Liga Super, kelmarin.
PEMAIN Kuala Lumpur, Syazwan Andik (kiri) mengasak pemain JDT, Fernando Gaston Elizari Sedano pada perlawanan Liga Super, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia