Harian Metro

Leka punca Bos Gaurus kecundang

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

Shah Alam: Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic mengakui mereka dihukum oleh PKNS FC atas kelekaan dan kegagalan memanfaatk­an peluang sehingga dibelasah 4-1 pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Kekalahan itu menyaksika­n peluang mereka untuk menyamai rekod terbaik saingan liga pada musim 2006-2007 dengan menduduki tempat kedua kini bergantung kepada keputusan pencabar terdekat Pahang

dan Terengganu yang turun menentang lawan masing-masing malam ini.

Dua gol pada setiap babak pasukan tuan rumah PKNS menceritak­an betapa mudahnya benteng Perak dibolosi ketika Durakovic hanya mampu menggeleng­kan kepala melihat percubaan demi percubaan anak buahnya tidak menepati sasaran.

“PKNS pasukan yang bagus, mereka ada pemain import dan tempatan yang bagus, berpengala­man. Kami tahu mereka bahaya dalam serangan pantas. Kami bermain baik tapi gagal menjaringk­an gol sebaliknya mereka menggunaka­n peluang dengan baik. Kami tidak fokus dan akhirnya dihukum,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.

Dalam perlawanan itu, gol PKNS dijaringka­n oleh Bruno

Matos pada minit ke-2 dan 78, Rafael Ramazotti m-39 dan Romel Oswado m-94, manakala Gilmar Da Silva menyumbat gol tunggal buat skuad The Bos Gaurus.

Kegagalan itu meletakkan Perak di tangga kedua di belakang juara, Johor Darul Ta’zim dengan 36 mata hanya dua mata di depan Pahang dan Terengganu yang berpeluang untuk memintas andai meraih kemenangan ke atas Kelantan dan Selangor pada aksi terakhir.

Bagi Datuk K Rajagobal, kejayaan menamatkan kempen liga dalam kelompok lima teratas adalah di anggap pencapaian terbaik pada musim kedua selepas menduduki tangga ketujuh tahun lalu, sekali gus menyuntik semangat sebelum mengharung­i saingan Piala Malaysia bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia