Harian Metro

KAMI TAK TERIMA

-

perhimpuna­n semalam.

Ashim mendakwa, cadangan untuk menempatka­n penduduk mangsa kebakaran itu hanya diketahui penduduk kampung menerusi laman sosial tanpa sebarang perbincang­an.

“Ini mengejutka­n kami kerana tiada perbincang­an dibuat kepada penduduk dan ia datang secara tiba-tiba selain hanya tahu perkara ini melalui media,” katanya.

Menurut Ashim, penduduk menjaga kampung itu dengan baik termasuk membabitka­n ekosistem, ekologi, keselamata­n.

Katanya, perpaduan dalam kalangan penduduk sendiri juga sangat baik.

“Kawasan ini kita pelihara dengan baik sejak

dulu lagi dan kita tidak merosakkan ekosistem dan ekologi di sini. Malah, kampung ini sudah wujud sejak beratus tahun lamanya dan sekarang kita mampu kekalkan kecantikan serta keunikanny­a termasuk perpaduan serta keselamata­n terpelihar­a,” katanya.

Sehubungan itu, Ashim berkata, penduduk tidak menerima cadangan tempat itu dijadikan sebagai penempatan walaupun sekadar transit.

“Ini kerana walaupun berbentuk transit, apa yang kami perhatikan di tempat lain, ia akhirnya dijadikan sebagai penempatan kekal.

“Kami tidak akan terima sama ada ia transit atau kekal... kami mahu mengekalka­n tempat ini sebagai tempat kami,” katanya.

Terdahulu, baru-baru ini, Mohd Aziz yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumka­n menerusi laman Facebook rasminya menyatakan kawasan tanah lapang berhampira­n Kampung Darau akan dijadikan penempatan transit bagi mangsa kebakaran Kampung Cenderamat­a 2.

Tanah lapang berkeluasa­n kira-kira

6.4 hektar itu mampu menempatka­n kira-kira 500 rumah.

 ??  ?? HAMPIR 250 penduduk Kampung Darau membantah cadangan penempatan transit mangsa kebakaran Kampung Cenderamat­a 2 Likas di kawasan seluas 16 ekar di Kampung Darau. Ahli Parlimen Sepanggar cadang tempatkan mangsa kebakaram Kampung Cenderamat­a 2
HAMPIR 250 penduduk Kampung Darau membantah cadangan penempatan transit mangsa kebakaran Kampung Cenderamat­a 2 Likas di kawasan seluas 16 ekar di Kampung Darau. Ahli Parlimen Sepanggar cadang tempatkan mangsa kebakaram Kampung Cenderamat­a 2
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia