Harian Metro

Ditangkap lagi

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

 AADK tahan 12 penagih dalam Op Cegah sekitar Tuaran

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tuaran menahan 12 penagih termasuk seorang yang pernah ditangkap kerana melanggar syarat pengawasan AADK pada 2014, dalam Op Cegah, malam semalam.

Operasi bermula jam 10.30 malam itu dijalankan di empat kampung di daerah ini dan daerah berdekatan Kota Belud iaitu Kampung Kindu dan Topokon di sini serta Nanamun dan Rampayan Laut di Kota Belud.

Ketua Pegawai AADK Tuaran, Asraf Hafiz Ruslan berkata, operasi turut dibantu AADK negeri.

“Hasil ujian air kencing, semua lelaki yang ditahan itu positif dadah jenis syabu.

“Pemeriksaa­n turut mendapati seorang daripada penagih

Pemeriksaa­n mendapati seorang daripada penagih yang ditahan di Kampung Nanamun pernah dipenjara 14 bulan kerana melanggar syarat pengawasan

AADK pada 2014”

Asraf Hafiz Ruslan

yang ditahan di Kampung Nanamun pernah dipenjara 14 bulan kerana melanggar syarat pengawasan AADK pada 2014,” katanya.

Menurut beliau, semua suspek berusia 20 hingga 40 tahun ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgu­naan dadah boleh menyalurka­n maklumat dengan menghubung­i AADK Tuaran di talian 088-788336.

 ?? FOTO: IHSAN AADK ?? PENGUAT kuasa AADK menahan penagih dalam Op Cegah sekitar Tuaran.
FOTO: IHSAN AADK PENGUAT kuasa AADK menahan penagih dalam Op Cegah sekitar Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia