Harian Metro

Royalti minyak janji bersyarat

- Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@nstp.com.my

 Kerajaan negeri tolak tawaran sebelum PRU14

Janji Pakatan Harapan (PH) membayar 20 peratus royalti minyak kepada Sarawak, termasuk pengembali­an 50 peratus cukai dikutip dikembalik­an semula, adalah bersyarat dengan semua wang berkenaan digunakan bagi menguruska­n sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan negeri ini.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, janji berkenaan sebenarnya termaktub dalam ‘Perjanjian Baharu PH’ yang ditawarkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kepada kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) yang kini Gabungan Parti Sarawak (GPS), namun ditolak.

“Tawaran berkenaan diletakkan di bawah janji penurunan kuasa di bawah perkara 2.2 Disentrali­sasi Fiskal: Percukaian dan Pendapatan Awam, yang menekankan kedua-dua dana itu (wang royalti dan cukai 50 peratus dikembalik­an) digunakan khusus bagi sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan di Sarawak.

“Namun, tawaran berkenaan itu ditolak BN yang kini GPS. Pengembali­an wang terbabit bukan secara langsung kerana PH tidak mahu kerajaan negeri BN (kini GPS) menggunaka­n wang berkenaan sesuka hati mereka. Saya fikir rakyat Sarawak juga tidak mahu kerajaan negeri bertindak sedemikian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak di sini, semalam.

Beliau mendedahka­n, PH sebelum PRU14 ada menerima rungutan daripada pemain industri minyak yang bimbang industri berkenaan akan runtuh jika janji 20 peratus royalti ditunaikan bertujuan membiayai sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan sepenuhnya.

“Jadi, sekiranya wang royalti hanya mampu dibayar 15 peratus sahaja, kerajaan PH akan menanggung baki lima peratus untuk dibayar kepada Sarawak, tetapi kerajaan negeri BN (kini

GPS) tetap menolak,” katanya.

Chong yang juga Pengerusi PH Sarawak dan Pengerusi DAP Sarawak ketika mengulas lanjut berkata, secara asasnya, PH tidak mempunyai keyakinan terhadap kebertangg­ungjawaban dan integriti kerajaan negeri untuk menguruska­n kedua-dua dana demi kepentinga­n rakyat negeri ini.

 ??  ?? Chong
Chong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia