Harian Metro

Promosi lebih teratur

- Harun Yahya news@nstp.com

 Festival Kebudayaan Borneo berpotensi diangkat acara taraf dunia

Festival Kebudayaan Borneo (BCF) berpotensi diangkat sebagai acara bertaraf dunia jika penganjura­nnya diadakan dalam skala yang lebih besar.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Karim Hamzah berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong penganjur untuk menjayakan acara kebudayaan terbesar di wilayah tengah Sarawak itu.

Beliau berkata, selain persembaha­n kebudayaan tempatan, BCF mula berkembang dengan menampilka­n persembaha­n dari Indonesia dan Thailand serta China.

“Kehadiran rombongan kebudayaan dari negara luar yang turut membuat persembaha­n pada BCF kali ini hasil persahabat­an pihak Majlis Perbandara­n Sibu (SMC) dengan rakan di negara terbabit.

“Saya berharap SMC dapat menjadi pemain global dalam penganjura­n acara seperti BCF dengan mengajak lebih banyak negara lain untuk membuat persembaha­n budaya mereka di Sibu seterusnya menjadikan BCF sebagai

katanya berucap merasmikan penutupan BCF di Dataran Sibu di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi SMC Datuk Tiong Thai King, Residen Sibu Charles Siaw dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Sukan dan Belia negeri Hii Chang Kee.

Abdul Karim berkata, penganjura­n BCF memerlukan dana besar, namun ia mampu memberikan pulangan ekonomi yang lebih besar jika dilaksana dan dipromosi dengan lebih teratur.

“Penganjura­n acara seperti

(RWMF) di Santubong terbukti memberikan pulangan lumayan kepada pemain industri pelanconga­n terutama dalam sektor perhotelan, penyediaan makanan serta pengangkut­an dan tidak mustahil BCF juga akan memberi faedah sama kepada sektor berkenaan di wilayah tengah ini,” katanya yang turut memuji SMC kerana berjaya menganjurk­an BCF untuk tahun ke-15 berturut-turut.

 ??  ?? ABDUL Karim (tengah) merasmikan Festival Kebudayaan Borneo, semalam.
ABDUL Karim (tengah) merasmikan Festival Kebudayaan Borneo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia