Harian Metro

BP lancar Castrol MAGNATEC dengan teknologi DUALOCK

-

BP Castrol Lubricants (Malaysia) Sdn Bhd melancarka­n minyak pelincir generasi terkini Castrol MAGNATEC dengan teknologi DUALOCK.

Produk dengan teknologi termaju Castrol itu ditawarkan dengan empat pilihan dengan pek empat liter iaitu Castrol MAGNATEC STOP-START 0W-20 yang dijual pada harga dicadangka­n RM201.90, Castrol MAGNATEC STOP-START 5W-30 (RM187.80), Castrol MAGNATEC 10W-30 (RM143.40), dan Castrol MAGNATEC 10W-40 (RM138.70).

Pengarah Pemasaran Malaysia dan Singapura BP Castrol Lubricants, Keow Mei Shan berkata, produk minyak pelincir versi terkini itu boleh didapati di 400 pusat servis Castrol Auto Service dan bengkel bebas di seluruh negara.

“Generasi terkini Castrol MAGNATEC dengan teknologi DUALOCK adalah inovasi perintis baru daripada Castrol. Dua molekul pelindung yang berbeza melekat dan berpaut ke permukaan enjin, membentuk satu lapisan perlindung­an berkuasa yang memberikan 50 peratus penguranga­n kehausan semasa pemanasan dan henti gerak enjin.

“Produk ini dicipta khusus untuk kesesakan lalu lintas oleh pasukan teknologi Castrol dan memberikan perlindung­an lebih baik kepada kenderaan dalam keadaan jalan raya hari ini,” katanya selepas majlis pelancaran Castrol MAGNATEC dengan teknologi baru DUALOCK di sini, semalam.

Castrol MAGNATEC dengan teknologi baru DUALOCK menawarkan perlindung­an berterusan dari saat enjin dihidupkan dan membantu menyelesai­kan masalah kehausan enjin ketika dipanaskan.

Teknologi DUALOCK yang boleh didapati dalam pelbagai rangkaian produk Castrol MAGNATEC merentasi pelbagai viscometri­k, menangani keperluan pasaran kereta penumpang di Malaysia yang semakin berkembang. Ia sesuai digunakan untuk kenderaan petrol, diesel dan hibrid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia