Harian Metro

Perintah berkurung dilanjut 2 minggu

-

Perintah berkurung di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir semalam, dilanjutka­n dua minggu lagi bagi fasa ke-94.

Tempoh perintah berkurung fasa baharu itu dilanjutka­n mulai petang ini hingga 14 Ogos ini dari jam 6 petang hingga jam 6 pagi.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli

Din berkata, perintah berkurung ini dilanjutka­n oleh Menteri Dalam Negeri mengikut Seksyen 31 (4) Akta Polis 1967.

“Peraturan ini meliputi tujuh daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

“Oleh itu, orang ramai di daerah berkenaan dinasihati supaya tidak berada di lokasi yang diisytihar­kan sebagai kawasan perintah berkurung,” katanya pada kenyataan, semalam.

Ramli berkata, lanjutan perintah berkurung ini bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamata­n terutama kumpulan yang menjalanka­n kegiatan penculikan bagi mendapatka­n wang tebusan (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf yang masih cuba menceroboh untuk melakukan jenayah penculikan serta lain-lain jenayah rentas sempadan.

“Selain itu, ia bagi menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat di negeri ini yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan kawasan ESSZONE serta memudahkan pemantauan terhadap pergerakan bot yang mencurigak­an.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah berkenaan untuk mengeluark­an permit kepada pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak,” katanya.

 ??  ?? RAMLI
RAMLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia