Harian Metro

NURSURAYA WANITA UNIK

Nursuraya pulang sebulan sekali untuk pantau keadaan butik pakaian di Johor Bahru

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Pertemuan dengan wanita ini berlaku secara kebetulan. Masing-masing bingung apabila dimaklumka­n acara Minggu Fesyen Islamik Asia (AIFW) 2018 dibatalkan tanpa notis awal.

Selepas bertanyaka­n keadaan dan situasi, pertemuan semula diatur Jumaat lalu. Bagi Hazreen Nursuraya Hashim, 30, pelawaan ke Studio Jalan Riong, Kuala Lumpur adalah rezeki Allah SWT untuk dia mengubat hatinya yang kecewa. Sekurang-kurangnya, dia tidak pulang dengan tangan kosong ke Arab Saudi.

Kata pemilik jenama pakaian Muslimah ini, dia cukup kecewa apabila percubaan pertamanya membawa koleksi abaya ke pentas peragaan musnah di tengah jalan.

Bagaimanap­un, motivasi dalam diri wanita ini mempamerka­n sebaliknya. Nursuraya bukan saja tenang menghadapi situasi, malah sempat membantu menenangka­n ramai pereka luar negara yang turut kecewa dengan berita luar jangka berkenaan.

Dalam tidak sedar, itulah tarikan sebenar yang ada pada wanita ini. Saat Hati bertanya lanjut, barulah tahu rupa-rupanya Nursuraya adalah pramugari Saudi Arabian Airlines. Tidak hairanlah mengapa dia boleh bertindak menenangka­n orang lain. Sedangkan dalam dirinya turut berperasaa­n sama.

Bercerita lanjut, anak kelahiran Johor ini sebenarnya wanita kental sejak kecil. Kehilangan ibu bapa pada usia muda secara tidak langsung mendidik dirinya menjadi seorang yang berdikari dalam hidup.

Memiliki Ijazah

Sarjana Muda Bioteknolo­gi dari Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Nursuraya mungkin boleh dikatakan wanita unik kerana berani mengejar impian di luar bidang kemahiran.

“Saya mula memohon menjadi pramugari ketika di tahun akhir pengajian. Ketika itu saya sibuk menyudahka­n tesis tahun akhir. Memandangk­an sudah tiada mak dan ayah, saya nekad memohon pekerjaan melalui ejen carian dalam talian.

Saya cuma fikir tidak mahu menganggur dan menyusahka­n keluarga selepas tamat belajar.

“Kemudian, banyak tawaran pekerjaan sebagai pramugari tiba menerusi e-mel. Apabila diteliti, ia datang daripada syarikat penerbanga­n di Timur Tengah. Pakaiannya menutup aurat dan gajinya juga menarik. Jadi, saya ambil keputusan memohon dan akhirnya dipanggil untuk sesi temu duga,” katanya.

Biarpun permohonan sudah diterima, Nursuraya masih tidak yakin kerana perlu menyiapkan tesis terlebih dulu. Hanya selepas menerima panggilan telefon yang memintanya hadir, barulah wanita ini tampil.

“Sejujurnya, saya tidak melakukan banyak persiapan. Saya katakan pada diri sesi temu duga berkenaan akan menjadi pengalaman pertama berdepan majikan. Malah ketika sampai ke pejabat berkenaan, saya jadi malu kerana ramai calon dari luar negara dan mereka melakukan banyak persediaan.

“Dalam banyak soalan yang diutarakan, penemuduga bertanya sebab mengapa saya memilih kerjaya ini. Saya beritahu hendak mengerjaka­n haji dan umrah. Alhamdulil­lah, saya percaya setiap perkara baik dan jujur sentiasa mendapat ihsan dari Allah SWT. Saya diterima sebagai pramugari.

“Biarpun awalnya keluarga agak berat hendak melepaskan, saya yakinkan mereka untuk tetap mencuba selama dua tahun. Sedar tidak sedar, hari ini saya sudah lima tahun terbang di awan,” katanya ketawa.

TUGAS MULIA

Sejak hari pertama berkhidmat, Nursuraya tidak pernah lupa niat dan tekad dalam dirinya. Kata wanita ini, dia bekerja keras pada tahun pertama perkhidmat­annya dan menjelaska­n semua hutang pengajian, rakan serta membayar balik pinjaman yang pernah dibuat dengan keluarga atau saudara.

“Masuk tahun kedua, saya dapat peluang mengerjaka­n haji. Ketika itu, saya pergi seorang bertemanka­n jemaah di sana. Syukur pada Dia kerana mempermuda­hkan banyak urusan saya. Hanya tahun ketiga, barulah saya mengumpul duit untuk

 ??  ??
 ??  ?? BANGGA bergelar pramugari.
BANGGA bergelar pramugari.
 ??  ?? BERSAMA
rakan setugas.
BERSAMA rakan setugas.
 ??  ?? KENANGAN mengerjaka­n ibadah haji pada 2014.
KENANGAN mengerjaka­n ibadah haji pada 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia