Harian Metro

‘Isu ini tidak akan berulang’

-

Kuala Lumpur: Kira-kira 200 kakitangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur termasuk Hakim Mahkamah Tinggi dan pegawai kehakiman menyertai sesi gotong-royong di Kompleks Mahkamah di sini, semalam berikutan pekerja pembersiha­n mogok selepas mendakwa kontraktor tidak membayar gaji mereka sejak bulan lalu.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim memberi jaminan bahawa isu itu tidak akan berulang pada masa akan datang.

“Kami mengambil langkah yang perlu kerana ia lebih kepada salah faham...hari ini (semalam), kami mengadakan perbincang­an dengan wakil kontraktor pembersiha­n, Perfect Three Solution Sdn Bhd dan berharap isu itu akan dapat diselesaik­an esok,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas aktiviti gotong-royong di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, jam 3 petang.

Sementara itu, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum berkata, beliau akan sekali lagi turun padang untuk memastikan pekerja pembersiha­n kembali bertugas hari ini.

“Saya sendiri akan datang dan periksa esok (hari ini),” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Unit Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n Malaysia Suzarika Sahak berkata, kerja gotong-royong sukarela yang turut disertai Ketua Hakim Negara itu bermula dengan sesi taklimat oleh beliau sebelum kerja-kerja pembersiha­n dimulakan kira-kira jam 10.30 pagi.

“Aktiviti gotong-royong ini meliputi lapan tingkat bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur termasuk kafeteria, tandas serta pejabat kakitangan dan diagihkan kepada 14 stesen di sayap kiri dan kanan mahkamah,” katanya.

Richard yang tiba jam 9.34 pagi dilihat turut bersama turun padang untuk membuat lawatan ke bangunan tersebut sebelum bersama-sama pegawai lain bergotong-royong membersihk­an serta menanam pokok di persekitar­an kompleks tersebut.

Turut bersama-sama beliau adalah Zaharah dan lima hakim lain iaitu Datuk Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Wan Ahmad Farid, Datuk Suffian Abdul Razak, Datuk Ahmad Firuz Jaffil dan Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

Sementara itu, seorang kakitangan mahkamah yang enggan dikenali berkata, mereka menerima notis untuk sesi gotong-royong terbabit kelmarin. - BERNAMA

 ??  ?? DARI kiri, Hakim Datuk Indera Suffian Abdul Razak, kakitangan mahkamah, Pushpa Paramaloo, Hakim Datuk Wan Ahmad Farid dan Hakim Datuk Ahmad Firuz Jaffil pada ativiti gotong-royong bersihkan kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
DARI kiri, Hakim Datuk Indera Suffian Abdul Razak, kakitangan mahkamah, Pushpa Paramaloo, Hakim Datuk Wan Ahmad Farid dan Hakim Datuk Ahmad Firuz Jaffil pada ativiti gotong-royong bersihkan kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia