Harian Metro

LIMA PEGAWAI KANAN IPD GOMBAK DITUKAR

KPD Gombak dan beberapa pegawai kanan IPD dipindah susulan serbuan KPN ke pusat judi di Rawang

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

Ketua Polis Daerah (KPD) Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad dan beberapa pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu ditukarkan serta-merta dipercayai susulan serbuan diketuai Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ke pusat judi di Rawang, dekat sini, Jumaat lalu.

Arahan pertukaran Ali disahkan menerusi satu siaran media dikeluarka­n Ketua Urus Setia KPN Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin.

Dalam kenyataan itu, Ali dipindahka­n ke PULAPOL Air Hitam sebagai Komandan manakala bekas Komandan Pulapol terbabit, Asisten Komisioner Samsor Maarof dilantik sebagai KPD Gombak yang baharu.

Sementara itu, sumber memberitah­u Harian Metro bahawa selain KPD, Timbalan Ketua Polis Daerah, Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD), Pegawai Risikan Operasi Daerah dan Ketua Balai Polis Rawang turut ditukarkan berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu siaran pertukaran yang turut dilihat wartawan, Timbalan Ketua Polis Daerah Superinten­dan Tey Kong Seng ditukarkan sebagai Pegawai Turus Pentadbira­n, Bahagian Pentadbira­n, Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Jawatannya diganti Arsad Kamaruddin yang sebelum ini bertugas sebagai Deputi Superinten­dan Operasi Kongsi Gelap Skuad Taktikal Khas 3, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan memangku pangkat superinten­dan.

KBSJD IPD Gombak Deputi Superinten­dan Ibrahim Husin ditukarkan ke Ajutan Cawangan Kepolisan Am, Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam, Ulu Kinta, Perak dan tugasnya diambil alih Deputi Superinten­dan Zainudin Zakaria.

Asisten Superinten­dan Amri Aripin yang sebelum ini mengetuai Unit Risikan/Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Gombak ditukarkan sebagai Pegawai Latihan, Cawangan Latihan Batalion 3, Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor, Perak.

Tugasnya kini diganti Asisten Superinten­dan Mohd Noor Huszaimee Deraman yang sebelumnya bertugas sebagai Ketua Unit Rondaan Bermotosik­al/Bit/Pelancong, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti, IPD Sentul.

Ketua Balai Polis Rawang Asisten Superinten­dan Zailani Bohari pula ditukarkan sebagai Jurulatih Kompeni C Asas (1), Bahagian Latihan, Pusat Latihan PGA, Ulu Kinta.

Bermula 24 Julai lalu, Harian Metro mendedahka­n kegiatan perjudian di Alor Setar yang dilakukan secara terbuka berbanding pusat judi di Lembah Klang yang hanya membenarka­n orang dikenali memasuki premis mereka.

Susulan pendedahan itu, semua premis judi di Alor Setar ditutup sindiket sebelum empat daripada puluhan pusat judi terbabit yang kembali beroperasi diserbu pada 26 Julai lalu.

Pada Mac lalu, akhbar ini turut mendedahka­n mengenai kegiatan perjudian di Selangor yang masih berleluasa biarpun Bukit Aman bertekad mahu menghapusk­an kegiatan haram berkenaan.

Jumaat lalu, Mohamad Fuzi mengetuai serbuan di pusat judi di Rawang sebagai bukti beliau serius memerangi kegiatan perjudian di seluruh negara.

Turut menyertai operasi berkenaan ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? FUZI (tengah) bersama Wan Ahmad (dua dari kanan) menyertai operasi khas banteras judi haram di Jalan
Bandar Rawang 3, Rawang.
FUZI (tengah) bersama Wan Ahmad (dua dari kanan) menyertai operasi khas banteras judi haram di Jalan Bandar Rawang 3, Rawang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia