Harian Metro

3 MAUT TAYAR MELETUP

 Tiga maut, dua cedera kereta dinaiki dirempuh bas ekspres

- Farah Suhaidah Othman cnews@nstp.com.my

Tiga maut manakala dua cedera selepas kereta dinaiki terbabas akibat tayar pecah sebelum dirempuh bas ekspres di Kilometer 307 Lebuh raya Utara-Selatan arah utara, di sini, pagi semalam.

Dalam kemalangan jam 9.30 pagi itu, tiga penumpang Toyota Vios, Yew Kim Nyuk, 53, suaminya, Cheah Yook Ching, 57, serta Yook Ching, Cheah Chui Yong, 60, maut di lokasi kejadian.

Pemandu berusia 24 tahun dan bapanya yang juga penumpang tempat duduk belakang berumur 61 tahun cedera ringan.

Dua pemandu bas ekspres dan 16 penumpang dalam kenderaan itu yang berusia 13 hingga 69 tahun tidak cedera. Difahamkan bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kampar Superinten­dan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati semua penumpang kereta berkenaan yang beralamat di ibu negara dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar belakang bahagian kiri Toyota Vios pecah sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri.

“Kereta berkenaan dipercayai berpusing beberapa kali dan masuk ke lorong kanan iaitu lorong laju.

“Bas ekspres yang melalui arah sama tidak sempat mengelak sebelum merempuh kereta terbabit mengakibat­kan tiga penumpang tercampak keluar,” katanya.

Kong Soon berkata, tiga mangsa berkenaan mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di lokasi kejadian manakala dua lagi cedera.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati Toyota Vios itu rosak teruk di semua bahagian manakala bas ekspres sedikit remuk di bahagian hadapan pada sebelah kanan.

Katanya, lima daripada 16 penumpang bas ekspres dipindahka­n ke bas lain sebelum ketibaan pegawai penyiasat polis.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? YEW
CHUI Yong
YOOK Ching
KEADAAN kereta yang terbabit dalam nahas.
YEW CHUI Yong YOOK Ching KEADAAN kereta yang terbabit dalam nahas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia