Harian Metro

KORBAN KAKI RINJANI

Siti meninggal dihempap dinding rumah tumpang ketika berkemas balik ke tanah air

- Mohd Azam Shah Yaacob, Hafiz Ithnin, Suraya Roslan, Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

> Ini kali pertama dia yang aktif mendaki berjaya menawan Gunung Rinjani di Lombok, Indonesia dan itu jugalah yang terakhir buat Siti Nur Iesmawida Ismail apabila terkorban selepas dihempap runtuhan rumah tumpangann­ya di Salong, akibat gempa bumi bermagnitu­d 6.4 pagi semalam. Enam lagi rakyat Malaysia turut cedera termasuk tiga parah manakala 11 yang lain dari kumpulan sama sempat menyelamat­kan diri. Setakat ini, gempa bumi berkenaan sudah mengorbank­an 13 nyawa dan ratusan yang lain cedera.

“Sebaik gegaran kuat berlaku beberapa saat, rumah tumpangan kami tiba-tiba runtuh, kami dapat mendengar jeritan Siti meminta tolong berulang kali, tetapi semakin lama semakin perlahan.

“Ketika itu, Siti masih hidup dan penduduk kampung terpaksa menggunaka­n tukul besi untuk memecahkan tembok batu

yang menghempap seluruh badannya termasuk kepala. Tetapi arwah yang dibawa ke Hospital Lombok Timur kemudian disahkan sudah meninggal dunia,” kata, Haziq Wafiy Mohd Azman, 26, mengenai kejadian gempa bumi yang mengorbank­an Siti Nur Iesmawida Ismail,

30, manakala enam yang lain cedera termasuk tiga parah. Mereka yang cedera dikenali sebagai Maylie Laili, 24; Syahidatul Akmar Safian, 37; Ain Zubaidah, 28; Fatin Nabila, 24; Zuraimi Othman,38; dan Anzilla Jais, 25.

Gempa bumi kuat bermagnitu­d 6.4 itu menggegar wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok jam 5.47 pagi (waktu tempatan) berpusat 28 kilometer Barat Laut Lombok Timur

dengan kedalaman gempa kira-kira 10 kilometer.

Dalam kejadian itu, Siti Nur Iesmawida meninggal dunia akibat dihempap tembok batu runtuhan rumah tumpangan mereka di Perkampung­an Salang, Lombok Timur.

Sebelum itu, semua mereka iaitu seramai 18 pendaki dari Malaysia memulakan pendakian menerusi pintu masuk Taman Nasional Sembalun pada 25 Julai lalu dan menawan puncak Gunung Rinjani berketingg­ian 3,726 meter dari aras laut, kelmarin.

Semua mereka tidak mengenali antara satu sama lain sebaliknya diuruskan ejen yang mempromosi pakej mendaki Gunung Rinjani melalui media sosial.

Setakat ini, hanya mangsa terbunuh sudah dikenal pasti manakala enam yang cedera masih belum dapat dikenali identiti.

Selepas menawan puncak gunung itu, semua pendaki meneruskan perjalanan turun menerusi laluan sama ke Perkampung­an Salang untuk bermalam dan dijadualka­n pulang ke tanah air dengan penerbanga­n jam 12 tengah hari, semalam.

Haziq Wafiy berkata, ketika gegaran, semua sedang mengemaska­n barangan masing-masing bagi dibawa pulang ke Malaysia.

“Kami mula merasai gegaran pertama, tetapi ketika itu kami tidak tahu sama ada ia gempa bumi atau tidak, kali kedua gegaran semakin kuat mula dirasai disusuli runtuhan bumbung dan dinding rumah di ruang tamu.

“Saya dan rakan yang ketika itu berada berdekatan pintu utama dan pintu belakang sempat melarikan diri, manakala rakan lain terperangk­ap dalam bilik air dan ruang tamu, manakala arwah dihempap runtuhan dinding dan bumbung di ruang tamu.

“Enam rakan lain dihempap secara bertimpa berada di ruang tamu dan tidak sempat melarikan diri, manakala arwah berada paling bawah dalam runtuhan itu. Penduduk kampung turut datang membantu mengeluark­an rakan yang cedera,” katanya.

Menurutnya, goncangan pertama menggegark­an rumah manakala gegaran kedua meruntuhka­n rumah selain gegaran ketiga menyebabka­n rumah di perkampung­an itu ranap.

“Kami merasai beberapa kali gegaran selang 15 minit sehingga jam 10 pagi tadi (semalam). Ketika kami sudah selamat keluar dan berada di jalan raya, kami perasan Gunung Rinjani mengeluark­an debu yang sangat besar, semakin bergegar gunung itu semakin besar debu yang keluar.

“Ketika ini, semua rakan yang cedera dirawat di Hospital Sembalun manakala arwah ditempatka­n di rumah mayat hospital sama,” katanya.

Katanya, dia tidak sangka pengalaman pertama mendaki Gunung Rinjani membawa kenangan pilu dalam hidupnya apabila kehilangan rakan satu ekspedisi.

“Kami 18 orang tidak pernah kenal satu sama lain, kami mendapat tahu mengenai pendakian ini melalui Facebook dan WhatsApp daripada seorang ejen dan setiap orang membayar RM750,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KUMPULAN pendaki yang berjaya menawan Gunung Rinjani sebelum kejadian gempa bumi.
KUMPULAN pendaki yang berjaya menawan Gunung Rinjani sebelum kejadian gempa bumi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia