Harian Metro

Memang busuk hati

Enam kenderaan musnah dalam kejadian disyaki khianat

- Mohd Azam Shah Yaacob dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor cnews@nstp.com.my

Selang dua jam, enam kenderaan musnah dalam kebakaran awal pagi semalam dipercayai akibat perbuatan khianat.

Kebakaran membabitka­n dua kejadian iaitu yang pertama berlaku di Taman Berjaya Baru, Sungai Chua, jam 3.20 pagi manakala kejadian kedua di Flat Taman Sepakat Indah di sini, jam 5 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, dalam kejadian pertama dua kenderaan iaitu sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux dan kereta Kia Picanto yang diletakkan di bahu jalan musnah 100 peratus.

Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu jam 3.28 pagi.

“Seramai tujuh anggota dan seorang pegawai dikerah serta tiba di lokasi jam 3.36 pagi.

“Sebaik tiba, api marak membakar kedua-dua kenderaan berkenaan dan dipadam sepenuhnya tujuh minit kemudian.

“Namun, malangnya kedua-dua kenderaan itu musnah 100 peratus,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Rizal berkata, kejadian kedua pula membabitka­n empat motosikal yang diparkir di tempat letak kenderaan di Flat Taman Sepakat Indah. Katanya, kejadian itu disedari orang awam yang memadamkan kebakaran.

“Bomba menerima panggilan kecemasan jam 5.13 pagi dan sebuah jentera dengan kekuatan seorang pegawai serta lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi, kami dapati empat motosikal hangus terbakar,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjalanka­n siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

“Setakat ini, punca kebakaran belum dikenal pasti namun kedua-dua kejadian tidak membabitka­n sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff ketika dihubungi, semalam mengesahka­n menerima laporan dua kejadian dan masih menyiasat sama ada ia membabitka­n perbuatan khianat atau sebaliknya.

“Buat masa ini dua kes kebakaran itu dalam siasatan dan kita menunggu laporan forensik daripada bomba,” katanya.

Punca kedua-dua kebakaran belum dikenal

pasti

Mohd Rizal Buang

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran kereta yang diletak di bahu jalan.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran kereta yang diletak di bahu jalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia