Ajak orang muda berbakti
Dewan CSR tawar platform sesuai bagi belia sertai aktiviti kesukarelawanan
Kuala Lumpur: Memupuk minat generasi muda terhadap sastera dan membimbing penulis baru bagi melahirkan pelapis muda yang dapat mengembangkan dunia kesusasteraan tanah air pada masa hadapan.
Itu komitmen digalas Gabungan Penulis Muda Kelantan (GEMA) secara sukarela bagi memastikan bidang kesusasteraan tanah air tidak lenyap ditelan arus kemodenan.
Malah, pelbagai aktiviti dan program dilaksanakan sejak penubuhannya pada 15 Mac 1985 bagi memastikan bidang sastera terus berkembang selaras dengan peredaran zaman termasuk mengadakan bengkel dan kursus berkaitan penulisan kreatif, pementasan teater, persembahan serta pertandingan sayembara puisi.
Ketua I GEMA, Zainal Abidin Muhamad berkata, selaras dengan misi dan visi penubuhan badan berkenaan, pihaknya komited untuk membantu meningkatkan lagi perkembangan serta kemajuan bidang sastera tanah air terutama di Kelantan.
Katanya, hingga kini GEMA mempunyai 200 ahli berdaftar yang bergiat aktif kurang upaya dan keluarga miskin antara contoh aktiviti rutin CSR.
“Biarpun saya akui mungkin pertolongan kami kecil, namun saya yakin usaha ini mampu meringankan sedikit dalam bidang sastera dan aktiviti kebudayaan.
“Antara program dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pelapis muda adalah menerusi Bengkel Penulisan Kreatif dan Deskriptif yang diadakan setiap tahun.
“Menerusi bengkel itu, peserta didedahkan dengan teori, praktikal dan pengalaman daripada pembimbing daripada kalangan penulis dan penyair terkenal, sekali gus membolehkan mereka meneroka bidang penulisan kesusasteraan khususnya dengan menghasilkan karya.
“Malah bagi membangkitkan semangat, peserta diberi peluang untuk menghasilkan karya kreatif yang dipertandingkan sesama mereka bagi merealisasikan kebolehan dan menzahirkan pengalaman yang diperoleh daripada bengkel berkenaan beban mereka yang memerlukan,” katanya.
Menurutnya, belia perlu melihat platform NGO ini bukan sekadar untuk menyantuni orang yang memerlukan dan memenuhi masa lapang saja, tetapi ia mampu mengasah bakat kepemimpinan.
“Platfrom NGO ini juga boleh dimanfaatkan oleh belia untuk mengasah daya kepeimpinan mereka.
“Saya terbabit dalam program sukarelawan bukan semata-mata kerana minat tetapi ini juga platform yang sesuai untuk kita memperlihatkan keterampilan sebagai pemimpin,” katanya. serta hasil karya yang bermutu turut dibukukan untuk diterbitkan menerusi antologi puisi dan cerpen.
“Dalam perspektif positif, semua peserta bengkel sudah tentulah mempunyai masa depan cerah jika mereka memiliki minat mendalam dan konsisten untuk meneruskan usaha bagi mempertingkatkan bakat dan kreativiti dalam sastera tanah air,” katanya.
Zainal berkata, selain pendedahan kepada penulisan sastera, pihaknya turut membuka ruang kepada pelapis muda yang berbakat untuk mempamerkan kebolehan mereka di pentas bagi menyampaikan puisi, syair, gurindam, pantun dan persembahan teater.