Harian Metro

‘Saya ambil tanggungja­wab’

- -AZHARUDDIN

Pengerusi CAAM ambil tanggungja­wab letak jawatan

Pengerusi Lembaga Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman tampil bertanggun­gjawab terhadap perkembang­an terbaharu MH370 dengan meletakkan jawatan berkuat kuasa 14 Ogos depan.

Beliau berkata, hasil laporan Pasukan Penyiasata­n Keselamata­n Annex 13 ICAO Malaysia bagi MH370 tidak merumuskan Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA), kini CAAM adalah punca misteri kehilangan pesawat membawa 239 penumpang, pada 8

Mac 2014 lalu.

“Dengan penuh kekesalan dan pertimbang­an sewajarnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan Pengerusi CAAM, berkuat kuasa 14 hari daripada tarikh notis yang diberikan hari ini.

“Sepanjang empat tahun lalu, saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk membantu operasi pencarian MH370 dan bertekad untuk merungkai misteri malang ini seperti yang dijanjikan kepada waris mangsa.

“Dukacitany­a, saya terpaksa berundur dalam keadaan seperti ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Azharuddin yang mula mengetuai operasi DCA sejak 2008 dihimpit pelbagai tugasan berat dan sering diburu media, sejak pesawat Boeing 777-200ER dengan kod 9M-MRO hilang daripada radar menara kawalan ketika berada di ruang udara antara Vietnam dan Malaysia.

Anak jati Temerloh, Pahang ini sering dilihat berganding­an dengan bekas Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein ketika itu, sebelum tugas berkenaan diambil alih Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 27 Jun 2014.

Mengulas lanjut, Azharuddin menyifatka­n khidmatnya selama 40 tahun menerusi industri penerbanga­n adalah penghargaa­n terbaik dalam hidupnya, namun memohon maaf kerana gagal meneruskan perkhidmat­annya.

“Industri penerbanga­n adalah teras kehidupan saya sejak kecil dan ia akan kekal sedemikian untuk sepanjang hayat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AZHARUDDI N
AZHARUDDI N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia