Harian Metro

MESIN MAKAN TUAN

- Essa Abu Yamin cnews@nstp.com.my

Dua jari pelajar SMK Datuk Menteri hampir putus terkena alat pemotong Anak saya mahu memotong kayu menggunaka­n mesin pemotong kayu berkenaan dan tiba-tiba tangannya tergelinci­r lalu terpotong jari telunjuk dan jari hantunya”

Mohd Hasni Mohamed

“Ketika kejadian, anak saya baru memulakan kelas di dalam bengkel subjek Kemahiran Hidup di sekolahnya,” kata Mohd Hasni Mohamed, 44, bapa kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Menteri, Ayer Hitam yang dua jari tangannya hampir terputus akibat terpotong mesin kayu, kira-kira jam 7.45 pagi kelmarin.

Menurut Mohd Jasni, anaknya, Muhd Nur Adham Mohd Jasni, 14, masuk ke bengkel berkenaan dan memulakan kerja untuk memotong kayu menggunaka­n mesin yang terdapat di bengkel sekolah sambil dipantau gurunya.

“Anak saya mahu memotong kayu menggunaka­n mesin pemotong kayu berkenaan dan tiba-tiba saja tangannya tergelinci­r lalu terpotong jari telunjuk dan jari hantunya.

“Akibat kemalangan itu, dua jari tangan anak saya hampir terputus dan kemudian guru sekolah berkenaan terus bergegas membawanya ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk mendapatka­n rawatan,” katanya.

Mohd Jasni berkata, keadaan anaknya stabil dan hanya menunggu masa untuk pembedahan bagi menyelamat­kan kedua-dua jarinya.

“Syukur keadaan anak saya

agak baik dan emosinya stabil serta kami sekeluarga sama-sama memberi semangat kepadanya untuk teruskan kehidupann­ya seperti biasa.

“Terima kasih kepada pihak sekolah yang begitu prihatin mengenai kemalangan yang terjadi pada anak saya,” katanya.

Menurutnya, doktor yang merawat anaknya itu memaklumka­n pihak hospital akan berusaha menyelamat­kan jari tangan anaknya yang hampir putus itu dengan memasang alat khas.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. Gambar kecil, dua jari mangsa hampir putus.
MANGSA menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. Gambar kecil, dua jari mangsa hampir putus.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia