Harian Metro

‘SUSAH BERMADU DIK...’

Penerima trofi dipersenda kini murung

- lapor Ramlah Zainal

“Ini bukan soal tidak menyokong poligami tetapi ia berdasarka­n pengalaman hidup saya yang pernah bermadu,” jelas pengarah dan pelakon Erma Fatima. Dia memberi nasihat pahit manis bermadu kepada adiknya yang juga pelakon, Datin Seri Umie Aida yang membenarka­n suaminya berkahwin lagi,

Kuala Lumpur: Pelakon Fazura terkilan dengan tindakan pelakon Faezah Elai mempersend­akan bentuk tubuh penerima trofi yang mewakili dirinya pada acara Anugerah Telenovela 2018, Sabtu lalu.

Menurut Fazura, 35, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana menyentuh sensitivit­i masyarakat.

“Kalau di Amerika Syarikat, mereka pasti disenarai hitam apabila bangkitkan isu sensitif seperti ini. Namun, di Malaysia kita seolah-olah boleh menerimany­a.

“Saya terpanggil menyuaraka­n perkara ini bagi mewakili mereka yang tidak boleh bersuara,” katanya.

Kata Fazura lagi, gara-gara insiden itu penerima anugerah terbabit mengalami kemurungan.

“Apa yang membuatkan saya marah dan sedih apabila wakil penerima trofi itu ialah ahli kelab peminat saya selama lebih 10 tahun.

“Sepatutnya dia ada acara keluarga, tetapi membatalka­nnya pada saat akhir kerana mahu mewakili saya malam itu, ” katanya.

Fazura turut mengecam kenyataan seorang pelawak wanita yang menganggap perkara itu sebagai gurauan di media sosial.

“Saya tidak bersetuju dengan tindakan pelawak wanita itu dan perkara ini tidak boleh dipandang remeh.

“Jika itu bahan jenaka yang diagungkan, ia sangat memalukan,” katanya.

Terdahulu, Faezah bertindak sebagai penyampai trofi Anugerah Telenovela 2018 mengeluark­an kenyataan berbaur penghinaan terhadap wakil Fazura dengan gambaran fizikal pelakon itu berbadan gempal selepas melahirkan lima anak.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia