Harian Metro

Ganas rampas kapal

Tentera Zionis tawan setiap sudut Al-Awda

- Noor Atiqah Sulaiman cnews@nstp.com.my

Selepas dua hari menjadi tawanan tentera Zionis Israel, aktivis tunggal Malaysia yang menyertai misi 'Right to A Just Future for Palestine' ke Gaza, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, malam tadi.

Bercerita pengalaman­nya, Mohd Affandi, 47, berkata keadaan ketika itu seperti dalam peperangan kerana kapal Al-Awda yang dinaiki bersama beberapa sukarelawa­n lain ditawan dari setiap sudut.

Katanya, ketika itu kapal berkenaan sudah hampir ke perairan Gaza iaitu sekitar 49 batu nautika dari perairan Gaza.

“Namun, kapten kapal iaitu seorang warga Norway berkeras dan tetap meneruskan perjalanan­nya sehingga 40 batu nautika dari perairan terbabit.

“Mereka (tentera Israel) rampas kapal kami dengan keadaan cukup kejam, 12 kapal perang tentera Zionis mengepung kami dari jauh termasuk kapal perang dan dipantau menggunaka­n dron dari atas.

“Ketika itu saya merasakan kami sukarelawa­n boleh ditembak pada bila-bila masa saja. Kami membuang segala alatan yang boleh mencederak­an termasukla­h garfu kerana alatan terbabit boleh memberi kecederaan kepada sesiapa,” katanya ketika ditemui di KLIA, malam tadi.

Beliau tiba di Malaysia menaiki Thai Airways pada jam 7.40 malam tadi dan disambut oleh isteri dan dua anaknya. Mohd Affandi berkata, selepas kapal berkenaan berjaya ditawan tentera terbabit, semua mereka dipaksa untuk ke perairan Israel yang mengambil masa perjalanan selama lima jam.

“Setibanya kami di sana, saya amat terkejut kerana ratusan tentera lengkap berpakaian sedang menunggu kami. Walhal saya rasa saya ini cuma nelayan dan tidak membawa sebarang kemudarata­n.

“Kami perlu melalui beberapa fasa yang sangat ketat, bermula dengan cap jari sehinggala­h melucutkan pakaian untuk diperiksa sampai tentera terbabit berpuas hati.

“Kami kemudian ditutup muka dengan kain hitam dibawa menaiki van, malah mereka tidak memberitah­u kami akan dibawa ke mana. Kami kemudian dibawa ke penjara atas tuduhan memasuki Israel secara haram,” katanya.

Katanya, dia dipanggil keluar untuk menandatan­gani surat akuan menceroboh Israel namun bertegas hanya akan menandatan­gani surat berkenaan jika ada peguam di depannya.

“Hari kedua ditahan, peguam saya datang dan beliau mengatakan saya selamat untuk menandatan­gani surat terbabit. Alhamdulil­lah, selepas tandatanga­n saya dibenarkan pulang dan dihantar oleh tentera terbabit pulang ke Malaysia melalui Bangkok, Thailand.

“Saya tiba di Bangkok dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa, wang saya sebanyak 469 Euro dirampas, telefon bimbit juga dirampas. Saya hanya pulang bersama pasport.

“Mujurlah ketika di lapangan terbang (Bangkok) saya bertemu dengan seorang rakyat Malaysia bernama Daren

Tan, dan meminta beliau menghubung­i isteri saya bahawa saya akan tiba di Malaysia hari ini (malam tadi,” katanya.

Mohd Affandi berkata, dia bukan mahu keluar secara tergesa-gesa dan tidak meneruskan perjuangan­nya, namun terpaksa berbuat demikian selepas memikirkan keadaan ibunya yang sakit yang tinggal bersamanya.

“Tanggapan saya dipenjara mungkin berat untuk ibu saya, kebanyakan sukarelawa­n yang keluar ini mahu menceritak­an mengenai kekejaman tentera Zionis Israel dan bukan kerana takut,” katanya.

Pada 22 Julai lalu, kapal Al-Awda bersama dua kapal kecil, Huriyyah dan Falastine, meninggalk­an pelabuhan Messina, Sicily di Itali bagi meneruskan misi, kira-kira jam 4 petang (waktu Malaysia).

Kapal berkenaan turut membawa bekalan perubatan bernilai RM61,000 untuk rakyat Palestin di Gaza.

Antara aktivis lain yang berada di atas kapal berkenaan adalah ahli politik Norway, Mikkel Gruner, Doktor Pakar Ortopedim United Kingdom, Dr Ang Swee Chai dan bekas atlet Norway, Prof Gerd Von der Lippe. Terdahulu, dua ahli misi yang juga warga Israel sudah dibebaskan adalah Ketua Kapal Al-Awda, Zohar Chamberlai­n Regev dan Bekas Kapten Tentera Udara Israel, Yonathan Shapira.

 ?? FOTO: MOHD FADLI HAMZAH ?? DR Mohd Afandi disambut isteri dan anak sebaik tiba di KLIA, malam tadi.
FOTO: MOHD FADLI HAMZAH DR Mohd Afandi disambut isteri dan anak sebaik tiba di KLIA, malam tadi.
 ??  ?? KAPAL Al-Awda yang dalam misi kemanusiaa­n ke Palestin bersama 22 aktivis dipercayai dirampas Israel ketika menghampir­i Gaza.
KAPAL Al-Awda yang dalam misi kemanusiaa­n ke Palestin bersama 22 aktivis dipercayai dirampas Israel ketika menghampir­i Gaza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia