Harian Metro

‘Mereka agresif supaya kita patah semangat’

-

Kuala Lumpur: Tindakan agresif pihak berkuasa Israel memintas kapal Al-Awda yang membawa 22 aktivis termasuk seorang wakil Malaysia dalam misi aman di bawah Freedom Flotilla Coalition (FFC) dianggap serangan minda untuk melemahkan semangat semua aktivis.

Lembaga Pemegang Amanah Humanitari­an Care Malaysia (MyCARE), Dr Fauziah Mohd Hasan yang pernah ditahan Israel ketika menyertai misi Women’s Boat to Gaza

(WBG) dua tahun lalu berkata, pihak berkuasa Israel kali ini dilihat lebih ganas berbanding ketika dia ditahan.

“Misi kali ini menggunaka­n kapal lebih besar dan mempunyai bilik kawalan khas untuk menghidupk­an enjin berbanding kapal yang saya ikut serta sebelum ini.

“Pihak berkuasa Israel kali ini lebih agresif dan difahamkan berlaku ketegangan ketika mereka meminta enjin dihidupkan.

“Kalau lihat gambar, mereka kali ini memakai seragam seperti unit khas lengkap bertopeng dan turut mengeluark­an pistol. Berbanding ketika saya ditahan dulu, mereka hanya memakai seragam biasa dan tidak mengeluark­an senjata,” katanya ketika dihubungi wartawan, semalam.

Beliau berkata, usaha berterusan aktivis dari seluruh dunia yang menyalurka­n bantuan dan memberikan sokongan kepada rakyat Palestin melalui misi seperti ini menyebabka­n Israel panas punggung.

“Mereka semakin agresif terhadap aktivis kerana mahu mematahkan semangat golongan ini memandangk­an misi bantuan tidak putus. Tindakan agresif seperti ini seakan-akan memberi gambaran kepada aktivis supaya serik dan takut mengulangi misi lagi.

“Namun, beberapa aktivis termasuk dari Eropah tidak pernah serik untuk terus berbakti kepada Palestin dan rakyatnya yang tertindas. Jika tiada usaha dilakukan aktivis seperti ini, memang tiada perubahan.

“Mereka tidak berhati perut dan memaki bangsa lain seperti kami tiada harga diri. Tindakan mereka seolah-olah mahu memalukan dengan merendahka­n martabat dan maruah kita.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim pihak Israel ini. Malah saya difahamkan ada seorang aktivis berusia 61 tahun turut dikasari,” katanya.

Dr Fauziah pada masa sama meminta Ayu Mazlan, isteri wakil tunggal Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh bertenang dan berdoa tiada perkara buruk berlaku.

“Apa yang saya dapat pastikan, penjara yang digunakan untuk menempatka­n aktivisi kali ini penjara yang sama saya dikurung. Kemudahan dalam penjara itu baik dan saya meminta isteri beliau supaya tidak terlalu bimbang,” katanya.

“Mereka tidak berhati perut

dan memaki bangsa lain seperti kami tiada harga diri

Dr Fauziah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia