Harian Metro

PLUS arah utara ditutup bahan kimia bocor

-

Kuala Kangsar: Satu daripada dua lorong di Kilometer 255, Lebuhraya PLUS arah utara di sini, terpaksa ditutup sementara selepas bahan kimia polimer dibawa sebuah lori mengalami kebocoran, semalam.

Difahamkan, ketika kejadian lori membawa 18 tong cecair kimia itu dalam perjalanan dari Ipoh ke sebuah kilang di Taiping sebelum satu daripada tong seberat satu tan berisi bahan kimia berkenaan bocor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, anggota dengan bantuan Unit Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada jam 10.08 pagi.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati lori berkenaan mengalami kebocoran dan bahan kimia mengalir di kiri lebuh raya.

“Susulan itu, anggota bomba terpaksa menutup satu daripada dua lorong bagi membersihk­an sisa tumpahan bahan kimia berkenaan.

“Tumpahan itu dialirkan ke parit berdekatan dan sekatan dibuat dengan menggunaka­n pasir,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, bahan kimia berkenaan tidak mendatangk­an bahaya kepada pengguna jalan raya.

Katanya, namun permukaan lebuh raya sedikit licin akibat tumpahan itu dan pengguna yang melalui lokasi kejadian perlu berhati-hati.

Menurutnya, syarikat lori kemudian memindahka­n bahan kimia ke lori lain.

 ??  ?? ANGGOTA HAZMAT memeriksa lori yang membawa bahan kimia jenis polimer selepas mengalami kebocoran hingga mengakibat­kan serbuk kimia tumpah di atas jalan raya di Kilometer 255, Lebuhraya PLUS arah utara, semalam.
ANGGOTA HAZMAT memeriksa lori yang membawa bahan kimia jenis polimer selepas mengalami kebocoran hingga mengakibat­kan serbuk kimia tumpah di atas jalan raya di Kilometer 255, Lebuhraya PLUS arah utara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia