Harian Metro

‘Bukan bermakna Azharuddin bersalah’

-

Kuala Lumpur: Peletakan jawatan Pengerusi Lembaga Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, bukan bermakna beliau bersalah dalam insiden tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata, Azharuddin hanya mengambil tanggungja­wab terhadap insiden berkenaan selepas Laporan Siasatan Keselamata­n oleh Pasukan Penyiasat Keselamata­n Annex 13 ICAO Malaysia bagi MH370 dikeluarka­n kelmarin.

“Peletakan jawatannya atas sikap mengambil tanggungja­wab.

“Saya tidak kata beliau melakukan kesalahan, tapi mengambil tanggungja­wab meletak jawatan selepas laporan itu keluar,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Beliau mengulas tindakan Azharuddin yang tampil bertanggun­gjawab terhadap perkembang­an terbaharu MH370 dengan meletakkan jawatan berkuat kuasa 14 Ogos ini.

Dalam satu kenyataan, Azharuddin berkata, hasil laporan Pasukan Penyiasata­n Keselamata­n Annex 13 ICAO Malaysia bagi MH370 tidak merumuskan Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA), kini CAAM sebagai punca misteri kehilangan pesawat berkenaan.

Bagaimanap­un, katanya, beberapa penemuan dikemukaka­n menerusi dokumen setebal 449 halaman itu menunjukka­n pegawai yang ditugaskan untuk menyelia operasi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATSC) pada hari kejadian tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sementara itu, Loke berkata, jawatankua­sa dalaman akan ditubuhkan bagi mengesyork­an tindakan yang boleh diambil terhadap pegawai yang ditugaskan menyelia operasi KLATSC ketika insiden MH370.

“Tindakan perlu diambil terhadap Pusat Kawalan Trafik Udara ketika itu kerana laporan menyatakan ketidakpat­uhan SOP ketika insiden itu berlaku,” katanya.

Siew Fook berkata, pihaknya menjangkak­an berlaku komplikasi dalam tindakan itu memandangk­an KLATSC berada di DCA ketika kejadian itu.

“Bagaimanap­un, DCA sudah digantikan dengan CAAM iaitu entiti berbeza. Jadi perlu teliti tindakan yang boleh diambil,” katanya.

 ??  ?? ANTHONY
ANTHONY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia