Harian Metro

Bapa ibaratkan laporan sebagai ulangan cerita

-

Kuantan: Laporan akhir kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dibentang kelmarin, belum dapat memberi jawapan seperti diharapkan keluarga mangsa.

Selamat Omar, 63, bapa kepada Mohd Khairul Amri, 31, beranggapa­n pembentang­an laporan itu boleh diibaratka­n sebagai cerita lapuk yang diulang-ulang kerana ia menceritak­an mengenai perkara yang mereka sedia maklum.

Menurutnya, tiada jawapan konkrit yang diberi untuk menjawab segala persoalan yang bermain di benak mereka sejak pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang pada 8 Mac 2014.

“Apabila dimaklumka­n pembentang­an laporan itu, saya mengharapk­an ada pendedahan bagi menjawab semua persoalan namun akhirnya kecewa kerana apa yang dimaklumka­n itu kebanyakan­nya kami tahu.

“Saya sanggup datang ke Putrajaya mendengar sendiri pembentang­an laporan itu, bagaimanap­un tiada petunjuk baru malah mereka juga tidak tahu punca kehilangan pesawat itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Khairul Amri adalah seorang daripada penumpang pesawat berkenaan yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China empat tahun lalu.

Kelmarin, Pasukan Penyiasata­n Keselamata­n Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa Malaysia (ICAO) Annex 13 membentang­kan laporan yang antara lain merumuskan mereka tidak dapat memastikan punca sebenar kehilangan MH370 kerana tidak memperoleh maklumat daripada bangkai pesawat berkenaan.

Ditanya adakah dia masih mengharapk­an jasad anak bongsu dari tiga beradik itu ditemui, Selamat yang tinggal di FELDA Bukit Mendi, Bera berkata, mereka sekeluarga belum putus harapan.

“Semua yang berlaku ini diibaratka­n seperti teka-teki yang perlu dirungkaik­an, saya masih berharap jasadnya ditemui walaupun sedar harapan itu tipis.

“Namun, saya tidak pernah berhenti berdoa dan berharap semuanya menjadi kenyataan,” katanya.

Saya tidak pernah berhenti berdoa dan berharap semuanya menjadi

kenyataan

Selamat Omar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia