Harian Metro

4 lelaki 3 watak

- Teoh Pei Ying dan Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

„ Ahli Macau Scam menyamar kastam, polis, staf mahkamah perdaya mangsa RM88,000

Licik menyamar tiga watak sebagai pegawai kastam, pegawai polis dan kakitangan mahkamah.

Itu modus operandi jenayah penipuan dilakukan empat lelaki warga Taiwan yang dikesan mendalangi penipuan Macau Scam melalui panggilan telefon.

Jenayah dilakukan sejak beberapa bulan lalu terbongkar selepas polis melakukan serbuan di sebuah kondominiu­m di Jalan Kuchai Lama di sini dan menahan semua suspek Selasa lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya sebelum ini menerima laporan dibuat seorang wanita yang bekerja sebagai pegawai di sebuah syarikat minyak terkemuka pada Januari lalu.

“Berdasarka­n laporan dibuat wanita itu, dia memaklumka­n menerima panggilan telefon seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai pegawai kastam.

“Suspek memaklumka­n kononnya mangsa mempunyai tunggakan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) berjumlah RM16,000 serta terbabit dengan kes jenayah di Kedah.

“Mangsa seterusnya disambung ke talian Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah. Seorang pegawai polis memaklumka­n wanita itu terbabit dengan kes penyalahgu­naan dadah serta penggubaha­n wang haram sebelum panggilan berkenaan disambung ke mahkamah bagi menyiasat aset dan hutang mangsa,” katanya pada sidang media di IPK Kuala Lumpur di sini, semalam.

Mazlan berkata, mangsa diminta memberikan maklumat akaun bank dimiliki kononnya bertujuan bagi membersihk­an namanya.

“Sebaik mangsa menyerahka­n segala butiran akaun bank miliknya, dia mendapati wang simpanan RM10,500 di dalam akaun itu dipindahka­n ke satu akaun milik seorang lelaki tempatan sebelum menyedari dirinya ditipu.

“Bertindak atas laporan dibuat, satu serbuan dilakukan jam 6 petang, 24 Julai di sebuah kondominiu­m di Jalan Kuchai Lama sebelum polis menahan empat lelaki warga Taiwan berusia 27 hingga 35 tahun.

“Dalam serbuan itu, kami merampas 56 kad ATM pelbagai bank, 15 telefon bimbit, enam kad sim telefon bimbit, satu modem WiFi dan satu komputer riba,” katanya.

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai terbabit dengan 24 kes Macau Scam di seluruh negara membabitka­n kerugian RM888,000 dan aktif sejak beberapa bulan lalu.

“Kami percaya lokasi serbuan adalah tempat mengumpul hasil kegiatan dan pusat panggilan beroperasi di kawasan lain.

“Rumah itu disewa RM3,000 sebulan daripada seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun. Kami masih mengesan lelaki terbabit yang dipercayai mempunyai kaitan kegiatan sindiket itu.

“Semua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA kad kredit milik suspek yang dirampas polis. MAZLAN (tiga kiri) menunjukka­n barangan rampasan daripada ahli sindiket Macau Scam pada sidang media di IPK Kuala Lumpur, semalam.
ANTARA kad kredit milik suspek yang dirampas polis. MAZLAN (tiga kiri) menunjukka­n barangan rampasan daripada ahli sindiket Macau Scam pada sidang media di IPK Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia