Harian Metro

Surat dianalisis 10 pegawai kanan

- Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@nstp.com.my

 Surat dihantar bekas Ketua Pengarah MEIO kepada CIA didakwa tidak diketahui bekas Perdana Menteri

Surat yang dihantar oleh bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) adalah hal operasi rutin yang dilakukan oleh agensi perisikan bertujuan mengukuhka­n hubungan dan keyakinan dengan negara lain.

Hasanah melalui peguamnya Datuk Shaharudin Ali berkata, surat itu termaktub sebagai rahsia rasmi negara mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 dan tidak seharusnya didedahkan kepada orang ramai kerana membabitka­n keselamata­n negara.

Beliau berkata, surat itu bukan perkara aneh, malah pertukaran maklumat risikan, latihan dan pertukaran antara CIA dan MEIO adalah rutin bagi memastikan negara mencapai kemampuan risikan yang boleh diharapkan.

“Surat yang dihantar kepada CIA tidak diketahui bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana ia adalah perkara rutin dan hanya membabitka­n hal operasi.

“Surat MEIO bertarikh 4 Mei lalu bukan sepucuk surat berbentuk derhaka, malah pihak yang menyatakan sedemikian adalah bohong dan tidak masuk akal kerana mandat MEIO adalah menjaga keselamata­n negara dan bukan sebaliknya,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Hasanah berkata, MEIO adalah bahagian perisikan negara barisan hadapan dalam memantau dan menjaga kepentinga­n strategik serta keselamata­n negara.

Katanya, kandungan surat itu dianalisis dan dikaji tidak kurang daripada 10 pegawai kanan MEIO dan dapatannya juga berdasarka­n maklumat yang diterima daripada pelbagai sumber MEIO.

“Ini semua adalah rahsia risikan yang tidak boleh dijadikan bahan polemik awam.

“Sehubungan itu, kita memohon polis untuk menjalanka­n siasatan bagi mencari dalang yang bersubahat membocor dan menghancur­kan keyakinan agensi perisikan luar negara dengan MEIO dan hubungan negara ini dengan negara lain,” katanya.

 ??  ?? HASANAH kelihatan keluar dari Balai Polis Travers selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan menghantar surat kepada CIA.
HASANAH kelihatan keluar dari Balai Polis Travers selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan menghantar surat kepada CIA.
 ??  ?? SHAHRUDIN menunjukka­n salinan laporan polis yang dibuat Hasanah berhubung dakwaan menghantar surat kepada Agensi Risikan CIA.
SHAHRUDIN menunjukka­n salinan laporan polis yang dibuat Hasanah berhubung dakwaan menghantar surat kepada Agensi Risikan CIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia