Harian Metro

Peristiwa pahit segar di ingatan

-

Kuching: Peristiwa menakutkan apabila isterinya didatangi pengganas komunis 46 tahun lalu tetap segar dalam ingatan Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu berkata, kejadian pada 1972 itu bukan sahaja mengancam nyawa isterinya (Puan Sri Empiang) malah turut menjejaska­n kandungann­ya yang ketika itu hamil tujuh bulan.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku pada waktu pagi ketika isterinya sedang mengajar di Sekolah Methodist, Sibu.

“Isteri saya ketika itu sedang menulis di papan hitam apabila tiba-tiba pelajarnya menjerit selepas melihat dua wanita bertopeng masuk ke dalam bilik darjah.

“Seorang daripada wanita itu bersenjata­kan pistol manakala seorang lagi membawa pisau terus menghampir­i isteri saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengimbau peristiwa itu dalam ucapan sempena sambutan Hari Pahlawan di Makam Pahlawan di sini, semalam.

Turut hadir Panglima Medan Timur Tentera Darat Malaysia (TDM), Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw; Panglima 1 Divisyen Infantri (TDM), Mejar Jeneral Datuk Toh Choon Siang dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong.

Mengulas lanjut, Jabu berkata, isterinya yang terkejut dan ketakutan apabila diacu dengan senjata terus pengsan dan rebah.

“Menurut cerita muridnya, ketika isteri saya pengsan, dua pengganas wanita itu terus berucap menyebar propaganda untuk merekrut mereka sebagai anggota komunis.

“Mereka sempat berucap dalam masa singkat sebelum bergegas keluar apabila rakan mereka yang menunggu di luar meniup wisel amaran memberitah­u pasukan keselamata­n berada berdekatan sekolah berkenaan,” katanya.

Walaupun bersyukur isterinya selamat dalam kejadian itu, Jabu, bertekad menentang pengganas itu menerusi tugasnya selaku pegawai awam di Pemerintah­an Keselamata­n Kawasan Rejang (RASCOM).

“Saya hanya melalui sedikit pengalaman ketika era penentanga­n terhadap pengganas komunis dan saya percaya anggota pasukan lebih banyak melaluinya,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pesara tentera (baris belakang) bergambarb­ersama peserta perbarisan yang hadir pada
Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2018 di dewan serbaguna Likas di Kota Kinabalu.
SEBAHAGIAN pesara tentera (baris belakang) bergambarb­ersama peserta perbarisan yang hadir pada Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2018 di dewan serbaguna Likas di Kota Kinabalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia