Harian Metro

TERIMA KASIH PERWIRAKU

-

Putrajaya

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Istiadat Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1 di sini, semalam.

Sebaik keberangka­tan tiba Seri Paduka Baginda, lagu Negaraku dimainkan dan Sultan Muhammad kemudian memeriksa barisan kawalan kehormatan utama diiringi 21 Das Tembakan Meriam Kehormatan yang disempurna­kan 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja diketuai Mejar Mohd Asri Che Wil. Kawalan kehormatan itu terdiri daripada 103 anggota lain-lain pangkat berserta empat pegawai diketuai Mejar Janius

Abdiah Shahputra Janny dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. Turut hadir, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri

Pertahanan, Mohamad Sabu dan isteri, Normah Alwi. Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan

Sri Mohamad Fuzi Harun; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan isteri, Puan Sri Rusnah Abdul Rahman.

Program kemudian diteruskan dengan deklamasi sajak berjudul Pahlawan oleh Leftenan Farahanina Ismail dan Asisten Superinten­dan Rahimi Hamzah dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hadirin turut dipersemba­hkan pantomim bertajuk ‘Operasi Iblis 1971’ (Ops Iblis) oleh enam pegawai dan 98 anggota LLP dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (RRD) diketuai Pegawai Memerintah BN 1 RRD, Leftenan Kolonel Mohd Khairulniz­am Sulaiman.

Pantomim itu dipersemba­hkan bagi mengenang jasa Kapten V Mohana Chandran yang terkorban dalam pertempura­n itu selain mencederak­an dua anggota renjer iaitu Abang Bolhi Abang Doladi dan Bajau ak

Ladi. Ops Iblis dilancarka­n oleh Markas Briged Kedua lnfantri Malaysia pada 1971 berikutan penemuan kehadiran pengganas komunis di kawasan Hutan Korbu, Sungai Siput dan Tanah Hitam, Perak pada 31 Mei 1971.

Ia digerakkan bagi mencari dan memusnahka­n Unit Penggempur ke-5 Pasukan Gerakan Komunis (PGK) yang menjadikan kawasan Bukit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia