Harian Metro

Lihat jasad rakan rebah Beg tentera simpan semangat pejuang

-

KISAH 1

Masih segar dalam ingatan wira negara ini yang juga anak Melayu pertama diserap ke Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 1942 pada Perang Dunia kedua ketika bertempur dengan tentera Jepun demi mempertaha­nkan Singapura.

Kisah 76 tahun lalu meskipun kini dianggap sejarah perjuangan tentera mempertaha­nkan keamanan negara, namun ia boleh dikongsi bersama generasi baru kerana ada seorang lagi satu-satunya anggota batalion yang masih hidup.

Prebet (B) Ujang Mormin, 97, adalah antara yang terselamat.

Walaupun sudah dimamah usia, beliau mampu mengingati butiran tragedi pertempura­n itu yang menyaksika­n mereka hanya ada dua pilihan iaitu menyerah atau berundur.

Ujang kini ditempatka­n di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan berikutan hidup sebatang kara dan dijaga di bawah Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).

Pastinya, perjuangan­nya bersama Leftenan Adnan Saidi bertempur di Bukit Chandu, Singapura diperakui kerajaan Britain yang mengurniak­an pingat dan bagi perkhidmat­an dari 1939 hingga 1945.

Mengimbas kembali peristiwa hitam itu, beberapa rakan lain tumbang terkena tembakan, tapi tiada apa yang terdaya dibuat selain melihat

Semangatny­a dalam tentera cukup membara, walaupun sudah bersara namun beg kesayangan ketika berkhidmat dalam tentera masih tersimpan rapi.

Beg tentera yang dibeli di England berusia 50 tahun itu akan dibawa ke mana saja kerana bagi pesara tentera ini, Kolonel (B) Baharudin Mohd Diah, 85, itu saja kenangan yang akan diingat sehingga penghujung usia.

“Saya sangat sayangkan beg ini, ke mana saya pergi akan membawanya bersama kerana ia membawa semangat tentera yang membara dalam diri.

“Walaupun beratnya 50 kilogram (kg) saya tidak merasainya dan pastinya saya akan menjaganya dengan baik. Saya akan gantung dan balut dengan plastik jika tidak menggunaka­nnya.

“Ketika berkhidmat dalam tentera, saya diberi kesempatan melawat negara orang dan banyak negara dikunjungi saja jasad mereka rebah.

“Selama lebih seminggu berundur dan mempertaha­nkan diri, tiada masa untuk memikirkan makan, apatah lagi keluarga. Apabila ketika dalam tugas,” katanya di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Menurutnya, sempena Hari Pahlawan dia berharap generasi sekarang mengingati setiap peristiwa yang berlaku dan semangat cintakan tanah air.

“Walaupun kami sudah bersara dalam perkhidmat­an, jiwa sebagai pejuang tetap membara dan akan dikenang sehingga penghujung usia,” katanya. serangan Jepun berhenti seketika, ketika itulah kami cari apa saja makanan yang ada. Paling banyak kami makan ubi mentah yang dijumpai dalam hutan,” katanya.

Walaupun namanya tidak tercatat dalam sejarah perjuangan ketika serangan Jepun di Tanah Melayu sewaktu Perang Dunia Kedua pada 1942, perjuangan serta pengorbana­nnya untuk menyekat kemaraan tentera Jepun besar buat negara.

Ini kerana Prebet Ujang atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ujang dipercayai satu-satunya bekas anggota Batalion Pertama RAMD yang masih hidup selepas terbabit dalam pertempura­n bagi mempertaha­nkan kubu terakhir tentera British di Bukit Chermin, Gap Ridgre, Singapura.

Menceritak­an pengalaman bertempur dengan tentera Jepun, Pak Ujang berkata, pada waktu itu dia baru empat bulan menyertai latihan tentera di Port Dickson pada 1941 sebelum dihantar ke Gap Ridge sebaik Jepun menyerang Tanah Melayu.

“Kubu yang kami jaga adalah kubu terakhir di Singapura dan saya berjuang bersama Leftenan Adnan Saidi yang berkubu di Bukit Chandu,

 Teman seperjuang­an Leftenan Adnan imbau kenangan melawan Jepun 76 tahun lalu

Pasir Panjang, Singapura.

“Selama berhari-hari menyekat kemaraan Jepun, kami putus bekalan makanan sebelum terpaksa berundur ke dalam hutan di Singapura sebaik mendapat berita Leftenan Adnan gugur dalam pertempura­n pada 14 Februari 1942,” katanya.

Menurut Pak Ujang, pengalaman paling menyedihka­n sepanjang bertempur menentang tentera Jepun apabila terpaksa menggali kubur untuk menyemadik­an jenazah satu demi satu rakan yang terkorban.

Sebagai seorang askar yang bertanggun­gjawab, apabila keadaan reda pada penghujung 1944, dia melapor diri semula ke Port Dickson dan berkhidmat semula dengan rejimen Pertama Askar Melayu sebelum berhenti daripada perkhidmat­an pada 1947.

“Ketika dimaklumka­n untuk bertugas mempertaha­nkan Singapura daripada serangan Jepun, tiada pilihan lain meskipun ada rasa takut. Namun, sebagai seorang tentera, tugas adalah keutamaan.

“Ketika berdepan tentera Jepun, mendengar bunyi tembakan dan melihat rakan lain rebah, memang rasa takut itu ada, tetapi keutamaan hanya mempertaha­nkan negara,” ceritanya.

 ??  ?? PAK Ujang bercerita kenangan lawan Jepun kepada anggota tentera yang melawatnya.
PAK Ujang bercerita kenangan lawan Jepun kepada anggota tentera yang melawatnya.
 ??  ?? BAHARUDIN menunjukka­n beg kesayangan­nya.
BAHARUDIN menunjukka­n beg kesayangan­nya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia