Harian Metro

8 pemburu khas

- Teoh Pei Ying dan Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

 Polis tubuh pasukan khas banteras kegiatan judi di sekitar KL

erang’ terhadap aktiviti judi semakin panas apabila Polis Kuala Lumpur menubuhkan lapan pasukan khas bagi membantera­s kegiatan judi di sekitar ibu kota itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menubuhkan lapan pasukan khas bagi membantera­s kegiatan judi dengan dua pasukan membabitka­n pegawai serta anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Enam lagi pasukan terdiri daripada pegawai serta anggota daripada setiap daerah di Kuala Lumpur iaitu Dang Wangi, Sentul, Wangsa Maju, Brickfield­s, Cheras dan Putrajaya.

“Semua pasukan ini akan melakukan pemantauan dan serbuan pada setiap hari sebaik mendapat maklumat daripada orang ramai atau hasil risikan berhubung kegiatan judi di sekitar Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di IPK Kuala Lumpur di sini, semalam.

Mazlan berkata, pihaknya juga menubuhkan bilik gerakan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur untuk menerima maklumat perjudian daripada orang ramai.

“Bilik gerakan khas ini diaktifkan dengan kekuatan satu pegawai dan lapan anggota yang bertugas bagi tempoh 24 jam.

“Malah, bilik gerakan khas ini yang ditubuhkan sejak 20 Julai lalu turut bekerjasam­a dengan Pusat Kawalan Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, selepas lebih 10 hari ditubuhkan, sambutan orang ramai bagi menyalurka­n maklumat masih ‘dingin’.

“Buat masa ini, maklumat diterima daripada orang ramai di Kuala Lumpur masih kurang.

“Justeru, kami menyeru orang ramai agar membantu menghulurk­an maklumat dengan menghubung­i bilik gerakan khas JSJ Kuala Lumpur di talian 03-21460670 atau Pusat Kawalan Kuala Lumpur di talian 03-21460584 / 03-21460585 atau pergi ke balai polis berhampira­n,” katanya.

 ??  ?? MAZLAN (tengah) pada sidang media membantera­s perjudian sekitar Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur, semalam.
MAZLAN (tengah) pada sidang media membantera­s perjudian sekitar Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 24 Julai lalu.
LAPORAN Harian Metro 24 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia