Harian Metro

JHEAT lupus 4 tan kiub abu bahan, teks al-Quran

-

Kuala Terengganu: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melupuskan sebanyak empat tan kiub abu bahan dan teks al-Quran di perairan Pulau Kapas dekat sini, semalam.

Proses pelupusan disempurna­kan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Mohd Nor Hamzah di perairan Pulau Kapas kira-kira sembilan batu nautika dari muara Kuala Terengganu jam 10 pagi.

Menurutnya, proses pelupusan dalam bentuk kiub itu adalah kali ketiga selepas diperkenal­kan pada 2016.

Katanya, proses pelupusan risalah dan bahan mengandung­i ayat suci al-Quran itu dilakukan sejak 2012 dengan menggunaka­n kaedah biasa iaitu dalam bentuk debu.

“Bagaimanap­un, Bahagian Penyelidik­an JHEAT memperkena­lkan satu inovasi menukarkan abu al-Quran kepada bentuk kiub bermula Mac 2016 lanjutan daripada masalah abu berterbang­an ketika proses pelupusan ke laut sebelum ini.

“Pada hari ini (semalam), kami melupuskan 400 kiub atau empat tan membabitka­n 10,000 naskah al-Quran termasuk risalah dan bahan mengandung­i ayat suci al-Quran yang setiap satu seberat 10 kilogram,” katanya pada sidang media di Ombak Chalet Pulau Kapas, Marang. Menurutnya, kerajaan negeri sudah melupuskan 103.4 tan bahan dan teks al-Quran yang dikumpul di seluruh negeri sejak 2012.

Beliau berkata, aktiviti pelupusan dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan keputusan Mesyuarat Jawatankua­sa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-6/2000, Muzakarah Jawatankua­sa Fatwa Kebangsaan kali ke-30/1992 dan mematuhi Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986.

 ?? FOTO: GHAZALI KORI ?? MOHD Nor (dua dari kiri) melakukan proses pelupusan kiub abu al-Quran ke laut ketika Program Pelupusan Kiub Abu al-Quran 2018 di perairan Pulau Kapas, semalam.
FOTO: GHAZALI KORI MOHD Nor (dua dari kiri) melakukan proses pelupusan kiub abu al-Quran ke laut ketika Program Pelupusan Kiub Abu al-Quran 2018 di perairan Pulau Kapas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia