Harian Metro

3 golongan umat Islam rugi di akhirat

-

Setiap bayi dilahirkan ke dunia dalam keadaan suci bersih. Namun, saat diri ‘dijemput’ semula kepada Yang Maha Pencipta satu hari nanti, adakah wajar kita kembali dalam keadaan kotor dan penuh dosa?

Semenangny­a manusia ketika hayatnya akan sentiasa terpalit melakukan dosa dan maksiat. Bagaimanap­un, Allah SWT membersihk­an dosa itu dengan didatangka­n pelbagai ujian.

Selain itu, kita memohon keampunan dengan cara bertaubat iaitu menyesal dan berazam memperbaik­i diri dengan melakukan perkara yang baik.

Dosa yang berbaki pada diri selepas meninggal dunia nanti adalah perbuatan kita yang melanggar hukum dan perintah Allah SWT.

Seluruh dosa itu menghantar kita melalui pembersiha­n seterusnya iaitu menghadapi azab di dalam kubur.

Namun, setiap amal kebaikan yang kita lakukan akan menjadi ‘penyelamat’ dan membantu saat kita menghadapi suasana di alam barzakh kelak.

Persoalann­ya, adakah kita banyak melakukan kebaikan selama hidup di dunia ini atau sedar kita lebih banyak melakukan dosa dan keburukan?

Apabila perbuatan baik tidak cukup untuk membersihk­an dosa sewaktu di alam kubur, pastinya kita akan berada dalam kesusahan dan menjadi orang paling rugi apabila dibangkitk­an di akhirat kelak.

Sebenarnya, neraka adalah tempat bagi membersihk­an manusia daripada dosa. Namun, tetap ada orang yang belum bersih selepas dihukum masuk ke neraka iaitu golongan yang mati dalam keadaan buruk (suul khatimah).

Bagi golongan itu, mereka hanya tinggal dan mengharap mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad SAW serta kasih sayang Allah SWT.

Dalam hal itu, Nabi Muhammad SAW menyatakan ada tiga golongan manusia yang tidak dihiraukan Allah pada hari akhirat kelak iaitu:

1. Golongan yang menjadi hina selepas hidup dalam keadaan mulia.

2. Golongan yang ingkar kepada perintah Allah

SWT selepas percaya dan yakin kepada-Nya.

3. Golongan yang meninggal dunia dalam keadaan melakukan dosa. Itulah yang paling buruk.

Begitulah bahayanya apabila mati dalam keadaan suul khatimah.

Ali bin Abu Talib berkata, ambillah pengajaran perihal apa yang Allah lakukan kepada iblis ketika dia menghapusk­an seluruh amalannya yang panjang dan kesungguha­nnya beribadat dengan tekun. Iblis menyembah Allah 6,000 tahun lamanya.

Tidak diketahui sama ada tahun dunia atau akhirat. Namun ia jatuh kerana dosa sesaat saja iaitu dosa takbur.

Akibat daripada sifat takbur iblis yang enggan sujud kepada Adam menyebabka­n Allah SWT mengutuk serta mengeluark­annya dari syurga buat selama-lamanya.

Siapakah yang akan selamat daripada melakukan dosa seperti itu?

Ali juga mengingatk­an kita kepada iblis yang beribadat kepada Allah SWT selama ribuan tahun lamanya juga turut terjerumus dalam kesesatan.

Apatah lagi manusia yang usianya pendek dan kurang melakukan amalan kebaikan.

Kita tidak boleh cepat berasa puas hati dengan apa yang kita buat dan miliki sekarang kerana diri kita dikira masih belum terjamin akan kembali kepada Allah SWT dalam keadaan bersih dan suci.

Justeru, kita perlu sentiasa merendah diri dan memohon kepada Allah SWT semoga dikurniaka­n husnul khatimah dalam setiap doa yang dimohon kepada Ilahi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia