Harian Metro

Beri jawapan tanpa lengah

TAIB sedia khidmat selesai persoalan ibadat haji di mana saja, bila-bila masa

-

Bukan saja masalah haji dan

umrah, aspek fardu ain pun kita bantu terangkan Tengku Aziz Raja Abdullah

Perkhidmat­an Talian Ibadat Haji (TAIB) yang disediakan Tabung Haji (TH) seharusnya menjadi teman akrab kepada jemaah haji Malaysia dalam usaha menghasilk­an ibadat sempurna ke arah memperoleh haji mabrur.

Diperkenal­kan sejak tujuh tahun lalu, TAIB diselia sebaik mungkin untuk membantu menyelesai­kan segala kekeliruan dan permasalah­an jemaah mengenai hukum fekah ibadat haji, umrah dan fardu ain.

Pengarah Operasi Bimbingan TH Tengku Aziz Raja Abdullah berkata, pihaknya mahu jemaah menghubung­i TAIB menerusi talian 01 2570 6161 pada bila-bila masa dan di mana saja apabila berasa was-was atau keliru sama ada sah atau tidak ibadat dilakukan.

“Jemaah boleh hubungi TAIB di mana saja mereka berada, sama ada di Masjidilha­ram, Arafah atau dalam perjalanan dan kami terus memberi penyelesia­n kepada permasalah­an diajukan.

“Bukan saja masalah haji dan umrah, aspek fardu ain pun kita bantu terangkan,” katanya dalam sidang media kepada wartawan Malaysia di pejabat operasi TH di hotel Abraj Al-Janadriyah, di sini.

Menurutnya, pada masa ini TAIB beroperasi sehingga jam 1 pagi setiap hari sebelum diperluask­an sehingga 24 jam sehari bermula dua minggu sebelum wukuf dan dua minggu selepas wukuf.

Tengku Aziz berkata, TAIB dikendalik­an bergilir-gilir oleh empat PIHTAS atau Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci di bawah unit Bimbingan diketuainy­a.

Menurutnya, kerap berlaku jemaah haji, termasuk yang sudah lama pulang ke tanah air, menghubung­i semula pihak TH berikutan timbul perasaan was-was terhadap status haji mereka.

“Tak guna jemaah datang ke Tanah Suci, walaupun menggunaka­n pakej mahal dan duduk di hotel mewah tapi ibadah haji mereka tidak sah.

“Sebab itu kami nak jemaah buat semakan dengan bahagian bimbingan TH terlebih dulu selepas selesai ibadat Masyair di Arafah, Muzdalifah dan Mina, sebelum mereka pulang ke tanah air atau meninggalk­an Makkah.

“Sekiranya pembimbing ibadah haji mengesahka­n perjalanan ibadah haji jemaah itu lengkap dan sempurna, peganglah ia sehingga meninggal dunia,” katanya.

Tengku Aziz berkata, biarpun wujud pelbagai pendapat mengenai sesuatu permasalah­an, PIHTAS memberi jawapan berdasarka­n pendapat ahli sunnah waljamaah dan keputusan muzakarah haji setiap tahun.

Selain itu, katanya, setiap tahun TH menjemput pakar rujuk datang ke Tanah Suci bagi menyelesai­kan permasalah­an baru yang perlu jawapan segera sebelum jemaah pulang ke tanah air.

Pada tahun ini tiga pakar rujuk terbabit ialah Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Dr Zulkfili Mohamad Al-Bakri, Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut dan Pensyarah Universiti Malaya Profesor Madya Dr Raihanah Azahari.

 ??  ?? DUA Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) menjawab masalah jemaah haji menerusi talian TAIB.
DUA Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) menjawab masalah jemaah haji menerusi talian TAIB.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia