Harian Metro

‘Macam-macam dugaan saya’

- Mohamed Sahidi Yusof cnews@nstp.com.my

Remaja yang sedang melaksanak­an misi berjalan secara solo ke Makkah mendakwa dia pernah dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaa­n sebagai pesakit jiwa ketika berada di Kuantan.

Muhammad Yusof Abdullah, 19, berkata, polis menahan dan membawanya ke hospital untuk pemeriksaa­n kerana menyifatka­n tindakanny­a tidak masuk akal, tetapi kemudian membebaska­nnya.

“Itu adalah sebahagian pengalaman saya selepas memulakan misi perjalanan pada 20 Julai lalu dan saya akan tetapkan meneruskan misi ini sehingga berjaya.

“Bagaimanap­un, pengalaman diserang babi hutan di Gambang, Kuantan dan terserempa­k sekumpulan gajah serta hampir diterkam seekor harimau lebih mencemaska­n.

“Kejadian terserempa­k gajah dan harimau itu berlaku ketika saya dalam perjalanan pada waktu malam dari Kuala Berang, Terengganu ke Kelantan menerusi FELDA Aring, Gua Musang,” katanya ditemui di kedai barangan sukan, Al-Ikhsan di sini, semalam.

Muhammad Yusof mengakui pengalaman perjalanan waktu malam lebih terdedah kepada bahaya seperti diserang binatang berbisa termasuk ular.

“Setakat ini, tiga kali saya dipatuk ular dan terakhir malam tadi di Kampung Pulai Chondong, Machang sebelum tiba di Tanah Merah,” katanya.

Menurutnya, segala pengalaman ditempuhi itu tidak menghalang untuk meneruskan misi berjalan ke Makkah yang dijangka berakhir Februari 2019.

 ??  ?? MAT Husin (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Muhammad Yusof.
MAT Husin (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Muhammad Yusof.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia