Harian Metro

Al-Ikhsan beri sokongan taja Yusof

-

Merah: Syarikat menjual barangan sukan ternama, Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd (Al-Ikhsan) menaja pakaian dan kasut sukan buat seorang remaja yang melakukan misi berjalan secara solo ke Makkah.

Sumbangan itu adalah sebagai tanda sokongan kepada Muhammad Yusof Abdullah, 19, yang memulakan misinya pada 20 Julai lalu.

Pengawal Wilayah Pantai Timur dan Utara Al-Ikhsan Mat Husin Hassan hadir menyampaik­an sumbangan itu kepada Muhammad Yusof yang tiba di bandar ini pada hari ke-11 misinya.

Mat Husin berkata, sumbangan itu sangat bersesuaia­n dengan keperluan remaja terbabit dan untuk keselesaan­nya bagi meneruskan perjalanan.

“Ia adalah sebahagian program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kami yang memberi manfaat kepada pembanguna­n masyarakat dan negara.

“Semangat yang ditunjukka­n Muhammad Yusof dengan misinya berjalan ke Makkah boleh dijadikan contoh kepada remaja lain,” katanya ditemui di kedai Al-Ikhsan di bandar ini, semalam.

Sementara itu, Muhammad Yusof mengucapka­n syukur dan berterima kasih kepada Al-Ikhsan dan semua pihak yang menyokongn­ya serta memberi sumbangan dalam menjayakan misi itu.

Menurutnya, paling penting adalah doa daripada rakyat Malaysia yang diharap dapat melancarka­n misi diibaratka­n jihad dan impiannya sejak enam tahun lalu.

“Saya nekad tidak akan berpatah balik dan tetap meneruskan misi ini sehingga sampai ke destinasi, walaupun mungkin ada halangan di sepanjang perjalanan,” katanya.

Muhammad Yusof memulakan misinya berjalan ke Makkah dari Masjid Negara Kuala Lumpur pada 20 Julai lalu, akan merentasi tujuh negara.

Dia dijangka sampai di Makkah pada Februari tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia