Harian Metro

Kaji semula harga PPR

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@nstp.com.my

 Susulan perancanga­n tambahan keluasan daripada 600 ke 900 kaki persegi seunit

Harga kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dikaji semula, susulan perancanga­n menambah keluasan seunit daripada 600 kaki persegi kepada 900 kaki persegi.

Pertambaha­n keluasan itu bakal menangani isu kesesakan dalam kalangan penghuniny­a.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin berkata, kajian semula harga rumah PPR perlu dibuat berikutan wujud implikasi kewangan dari segi kos pembinaan dan subsidi yang perlu ditanggung kerajaan.

Katanya, pertambaha­n keluasan kediaman diharap memberi keselesaan dan meningkatk­an taraf hidup golongan sasar, selain menampung pertambaha­n bilangan keluarga dalam jangka panjang.

“Kos seunit rumah PPR sekarang adalah RM195,000 manakala kediaman swasta dengan kos RM195,000 adalah lebih selesa dengan kemudahan bersesuaia­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Nurul Izzah Anwar (PH-PKR Permatang Pauh) berhubung justifikas­i pertambaha­n keluasan kediaman PPR pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, kerajaan negeri diharap lebih proaktif dalam menawarkan tanah bagi membina kediaman PPR berserta kemudahan khusus bagi penduduk.

“Ketua menteri dan menteri besar bertanggun­gjawab memastikan rakyat dapat hidup dengan selesa.

“Kerajaan akan merangka dasar bagi kerajaan negeri menawarkan tanah dengan keluasan bersesuaia­n dan infrastruk­tur memadai di kawasan sekitarnya.

“Penyeragam­an di bawah bumbung kementeria­n lebih mudah bagi tujuan pembinaan PPR.

“Kita juga akan bekerjasam­a dengan Bank Negara dari segi kelonggara­n pinjaman serta faedah permohonan dalam menampung peningkata­n pertambaha­n penduduk kelompok B40,” katanya.

Kepada soalan tambahan Datin Mastura Yazid (BN-UMNO Kuala Kangsar) mengenai gaya hidup sihat di kediaman sempit seperti kebersendi­rian dan keselamata­n, Zuraida berkata, Dasar Komuniti Negara yang dirancang akan mengambil kira aspek berkenaan.

 ??  ?? PROJEK Perumahan Rakyat (PPR) yang disediakan di Pak Mahat, Kuantan,
Pahang.
PROJEK Perumahan Rakyat (PPR) yang disediakan di Pak Mahat, Kuantan, Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia