Harian Metro

Vaksin Taiwan tangani HMFD

-

Kuala Lumpur: Vaksin diusahakan Taiwan mungkin akan digunakan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani penyakit tangan, kaki dan mulut (HMFD) dalam tempoh masa panjang.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata saranan itu bagaimanap­un perlu diperhalus­i bagi mengenal pasti implikasi dan keberkesan­annya kepada pesakit terlebih dulu.

“Penularan penyakit HFMD berlaku dengan serius dan mungkin kita boleh pertimbang­kan penggunaan vaksin dari Taiwan.

“Apa yang utama dilakukan ialah menerapkan sikap mementingk­an kebersihan dalam masyarakat, termasuk pengasuh kanak-kanak dan guru di sekolah,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) berhubungt­indakan Kementeria­n Keseihatan terhadap penjualan produk anti-HFMD dan virus lain di pasaran.

Dr Dzulkefly berkata, pihaknya menyifatka­n penularan HFMD mencapai tahap bahaya dengan dua kematian kanak-kanak berpunca daripada HFMD dilaporkan walaupun satu daripadany­a masih disiasat.

“Kami mahu tindakan konkrit bersifat prosedur operasi standard (SOP) diambil pengusaha dan guru supaya perkara ini dapat ditangani segera,” katanya.

Setakat kelmarin, katanya, Selangor mencatat bilangan kes tertinggi dengan 11,669 kes, diikuti Kuala Lumpur (4,552) dan Sarawak dengan 4,551 kes.

Dua kematian berkaitan HFMD direkodkan setakat ini iaitu di Pulau Pinang dan Sarawak.

 ?? Dr Dzulkefly Ahmad ?? Apa yang utama dilakukan ialah menerapkan sikap mementingk­an kebersihan dalam masyarakat, termasuk pengasuh kanak-kanak dan guru di sekolah”
Dr Dzulkefly Ahmad Apa yang utama dilakukan ialah menerapkan sikap mementingk­an kebersihan dalam masyarakat, termasuk pengasuh kanak-kanak dan guru di sekolah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia