Harian Metro

Nahas tinggi sebab tak perkenal teksi motor

-

Kuala Lumpur: Kadar nahas motosikal yang tinggi membuatkan kerajaan kurang berminat melaksanak­an penggunaan teksi motosikal atau ride-hailing atas faktor keselamata­n.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata, kemudahan pengangkut­an itu memerlukan tahap piawaian keselamata­n yang tinggi sebelum boleh dilaksanak­an walaupun menyedari ia digunakan secara meluas di Indonesia.

“Pihak bertanggun­gjawab seperti Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD) perlu mengkaji pelaksanaa­n ride-hailing secara menyeluruh.

“Kita baru perkenalka­n dan meluluskan e-hailing untuk kereta, itu pun jadi isu besar.

“Oleh itu, buat masa ini, kerajaan belum bersedia meluluskan ride hailing,” katanya menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-UMNO Rembau) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Kepada soalan asal Khairy mengenai penangguha­n projek Laluan 3 Transit Aliran Berkapasit­i Tinggi (MRT3), Loke berkata, perkembang­an seterusnya projek itu bergantung kepada keputusan Kabinet.

“Soal bila projek MRT3 akan dihidupkan semua terpulang kepada keputusan Kabinet kerana ia perkara besar.

“Keutamaan kerajaan sekarang ialah mengurangk­an kadar hutang negara terlebih dulu. Projek penting seperti MRT3 akan diberi pertimbang­an apabila kedudukan kewangan pulih,” katanya.

Loke mengakui, MRT3 membawa pelbagai manfaat kepada rakyat dan negara, namun kerajaan tetap perlu membuat kajian terhadap pelaksanaa­nnya.

 ??  ?? LOKE
LOKE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia