Harian Metro

Bimbang perpecahan pelajar sekolah

-

Klang: Tindakan UMNO menurunkan had usia keahlian kepada 16 tahun dikhuatiri menyebabka­n berlaku perpecahan dalam kalangan pelajar akibat sentimen politik.

Calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, remaja terutama yang masih di bangku persekolah­an belum sesuai membabitka­n diri dalam politik.

“Saya menolaknya kerana remaja berusia 16 tahun sepatutnya perlu lebih memfokuska­n kepada pendidikan atau sesi pembelajar­an mereka di sekolah.

“Kita tidak mahu mereka terbabit dengan politik sehingga berlaku perpecahan dan kepincanga­n terutama dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya pada sidang media di Jalan Raja Nong di sini, semalam.

Baru-baru ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumka­n penurunan had usia keahlian parti itu kepada 16 tahun berbanding 18 tahun sebelum ini.

Ia bagi memenuhi hasrat akar umbi parti itu dan memastikan beberapa perubahan dapat dilakukan pada struktur organisasi UMNO.

Mohd Zawawi yang juga Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh di Jalan Kebun berkata, pihak berkenaan dilihat seolah-olah terdesak untuk mencari pengundi baru dan mengharapk­an sokongan mereka.

Dalam pada itu, beliau mengulangi penafian dakwaan kononnya parti DAP tidak membantu kempen PKR bagi PRK berkenaan.

“Sepanjang tempoh kempen setakat ini, wakil parti itu daripada EXCO Kerajaan negeri turut turun padang membantu saya dan jentera parti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia