Harian Metro

‘PM tak akan turun padang bantu kempen’

-

Shah Alam: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam meramalkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan turun padang bagi membantu kempen calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, Jumaat ini.

Beliau menyifatka­n kedatangan Dr Mahathir dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya memalukan diri sendiri selain memberi kelebihan kepada BN.

“Saya gembira kerana ini tanda positif bahawa mereka tidak yakin dengan Mohd Zawawi (calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni). Ini sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kecil dan tidak sewajarnya nama besar seperti Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim turun.

“Percayalah Dr Mahathir tidak akan turun, tidak akan datang. Jika beliau datang, akan memalukan diri sendiri kerana hari ini sudah ada bibit keretakan dalam PH dan ada kalangan mereka tidak mahu calon PKR ini menang,” katanya di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad.

Dalam pada itu, Lokman berkata, BN tidak akan sesekali mempraktik­kan kempen murahan untuk menewaskan parti lawan dalam PRK Sungai Kandis.

Klang: Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis diharap menjadi titik permulaan persefaham­an UMNO-PAS dalam memperjuan­gkan Islam dan hak orang Melayu serta Bumiputera seperti termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata persefaham­an antara dua parti terbesar masyarakat Melayu itu memberi makna yang mendalam kepada politik tanah air.

“Hari ini, batu sempadan kita sedang dialih, hak Bumiputera dikacau bilaukan, MARA hendak dipecahkan kepada kementeria­n-kementeria­n lain, ini maruah kita, maruah orang Melayu dan akhirnya maruah kita dicabar dari hari ke hari sehingga kita berpecah belah.

“Bagaimanap­un, saya tetap bersyukur kerana PRK Sungai Kandis ini menjadi titik permulaan persefaham­an antara UMNO dan PAS, dua parti orang Melayu yang terbesar. Jika persamaan (UMNO-PAS) ini dapat kita wujudkan, ia memberi pengertian besar kepada politik negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ceramah Penerangan Barisan Nasional (BN) PRK Sungai Kandis di Taman Seri Andalas di sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau sendiri sudah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS dalam mencari persefaham­an antara kedua-dua parti terbabit.

“Saya sudah berjumpa (pemimpin PAS) tiga ke empat kali dan akhirnya mereka melafazkan untuk pertama kali selepas 60 tahun bermusuh bahawa wajib untuk ahli PAS tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) dan menyokong UMNO di Sungai Kandis. Ini adalah petanda.

“Saya yakin dan percaya jika ada kemahuan dan tekad seluruh orang Melayu yang sayangkan bangsa, agama tanah air, kita mampu mencapainy­a. Lupakan soal manifesto PH sebab memang tidak boleh dilaksanak­an dan jika mereka laksanakan, akan memudaratk­an ekonomi negara,” katanya.

 ?? Mohamad ?? MOHAMAD ketika berucap pada Program Ceramah Penerangan BN PRK Sungai Kandis. Persefaham­an antara dua parti terbesar masyarakat Melayu itu memberi makna yang mendalam kepada politik tanah air”
Mohamad MOHAMAD ketika berucap pada Program Ceramah Penerangan BN PRK Sungai Kandis. Persefaham­an antara dua parti terbesar masyarakat Melayu itu memberi makna yang mendalam kepada politik tanah air”
 ??  ?? LOKMAN
LOKMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia