Harian Metro

Daftar SST automatik

- Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@nstp.com.my

 Data 80,000 perniagaan daripada sistem sistem perkompute­ran myGST dipindah

Sebanyak 70,000 hingga 80,000 perniagaan akan didaftarka­n dengan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) sebaik ia mula dilaksanak­an berkuat kuasa 1 September ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri T Subromania­m berkata, jumlah itu jauh lebih rendah berbanding 472,000 perniagaan di bawah Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Katanya, pendaftara­n SST akan dilakukan secara automatik dengan memindahka­n data daripada sistem perkompute­ran myGST sedia ada bermula esok.

“Apa yang kita akan buat, hanya syarikat yang layak didaftarka­n dengan SST akan dipindahka­n dan dimasukkan ke dalam sistem mySST bermula esok.

“Syarikat yang layak ini akan dimaklumka­n secara rasmi menerusi e-mel bermula minggu ini untuk mereka menyemak butir-butir berkenaan.

“Bagi syarikat yang tidak didaftarka­n di bawah GST sebelum ini, kemungkina­n ada seperti syarikat baru atau yang tidak tertakluk kepada GST, tetapi layak dikenakan SST, mereka boleh memohon di talian kita yang akan dibuka mulai minggu depan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri seminar ‘Kelahiran Semula SST! Peralihan dari GST ke SST’ di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) Datuk Abdul Aziz Abu Bakar.

Mengulas lanjut, Subromania­m berkata, berikutan kekangan masa, pihaknya menerima kebenaran daripada Menteri Kewangan untuk menjalanka­n sesi pertemuan dan penerangan mengenai SST kepada syarikat dan perniagaan lebih awal tanpa perlu menunggu Rang Undang-Undang (RUU) Cukai

Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmat­an 2018 diluluskan terlebih dulu.

Katanya, sejak minggu lalu, pihaknya menemui lebih 5,000 peniaga bagi menyampaik­an penerangan mengenai cukai terbabit.

“Kita yakin dalam tempoh sebulan ini kita mampu berjumpa dan memberi penerangan kepada semua peniaga yang layak didaftarka­n dengan SST,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia